KBS ‘Payung’ 14 Skrin Besar Di Seluruh Negara Untuk Peminat Tonton Aksi Malaysia Bertemu Thailand

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perpaduan Negara telah mengumumkan 14 kawasan yang akan menayangkan aksi pertemuan Malaysia bertemu Thailand dengan menggunakan skrin besar.

Memandangkan peminat masih lagi mempertikaikan tentang  isu berkait konsert Jay Chou yang menyebabkan tempat duduk penonton di Stadium National Bukit Jalil dihadkan, maka KBS tampil memberi jalan untuk semua peminat dapat menikmati aksi perlawanan skuad negara bertemu Thailand.

KBS bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara telah menyediakan 14 tempat di seluruh negara untuk menyaksikan aksi perlawanan separuh akhir hari ini antara skuad negara bertemu Thailand.

Peminat boleh berkumpul beramai-ramai di kesemua lokasi tersebut untuk menonton perlawanan pada hari ini.

14 skrin besar disediakan dengan harapan peminat boleh berkumpul dan menonton perlawanan bersama-sama seperti di Stadium.

Berikut merupakan 14 lokasi yang boleh peminat pergi untuk menyaksikan aksi pertembungan Malaysia bertemu Thailand hari ini.

1- Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

2- Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

3- Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

4- Meow Garden, Ulu Kinta, Perak

5- Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

6- Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor

7- Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor

8- Dataran Stadium Kajang, Selangor

9- Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor

10- Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan

11- Restoran AL-Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka

12- Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang

13- Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

14- Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

Kesemua 14 lokasi akan memulakan tayangan jam 8 malam dan peminat bolehlah beramai-ramai datang untuk menyokong skuad Harimau Malaya bertemu Thailand.

Semoga saja dengan adanya tayangan skrin besar ini, para peminat boleh menikmati suasana seperti menonton di stadium walau mereka tidak berada di SNBJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN