Kaya FC Akui KL City Sebuah Pasukan Cukup Kuat Untuk Dihadapi

Wakil kelab Filipina iaitu Kaya FC jelas mengakui Kuala Lumpur City (KL City) sebagai salah satu pasukan yang cukup kuat untuk dihadapi mereka bagi saingan pertama ACC Shopee Cup hari ini.

Kedua pasukan tersebut bakal membuat perhitungan sulung musim ini dalam misi untuk mendapatkan kemenangan penting di laman rasmi KL City iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Beraksi di gelanggang sendiri, sudah tentu KL City dianggap sebagai sebuah pasukan pilihan untuk memenanginya walaupun mereka masih segar akan dua kekalahan berturut-turut di pentas Liga Super.

Walaupun begitu, skuad kendalian Miroslav Kuljanac ini sudah tentu ingin mencipta kebangkitan demi memastikan maruah kelab kembali dijulang pada perlawanan bertemu Kaya FC.

Kali terakhir KL City berjaya meraih kemenangan ialah pada 31 Julai lalu ketika pasukan tersebut cemerlang mengatasi Sabah menerusi keputusan 3-0 di halaman sendiri.

Melihat pada aksi hari ini, pengendali lawan iaitu Yu Hoshide menyifatkan KL City sebagai sebuah pasukan pilihan untuk aksi pertama mereka di Kumpulan B.

Ini kerana beliau melihat faktor kecergasan serta beberapa aspek menjadi kelebihan buat KL City yang sudah melalui aksi-aksi kompetitif berbanding Kaya FC sendiri.

“Perlawanan esok agak sukar kerana pasukan KL City sedang berada dalam motivasi terbaik kerana liga mereka sedang berjalan. Namun, kami tetap akan persembahkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan itu.

“Kami cuba sebaik mungkin dan cuba membawa pulang tiga mata penuh ke Filipina walaupun kami menjangkakan saingan sengit yang akan ditampilkan oleh KL City,” kata beliau menerusi petikan Harian Metro.

Pada masa sama, beberapa pemain KL City jelas diakui oleh kapten mereka, Audie Menzi sebagai sangat berbahaya terutama sekali membabitkan tonggak utama iaitu Paulo Josue.

“Selepas melihat beberapa perlawanan mereka sebelum ini, kami pasti mereka adalah sebuah pasukan yang cukup kuat dan bagus.

“Ada beberapa penyerang dan pemain tengah yang perlu di kawal dengan ketat terutama ketua pasukan (Paulo Josue) yang harus diawasi nanti,” katanya pula.

Seperti diakui pemain dari Brazil tersebut bersama Haqimi Azim telah pun mencipta kombinasi serangan sangat berbisa sejak awal saingan Liga Malaysia (Liga M) berlangsung.

Walaupun begitu, Kaya FC juga turut diperkuatkan oleh beberapa pemain tempatan serta import berkualiti yang harus diberi perhatian oleh KL City malam ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN