Piala Asia 2019: Kawin Thamsatchanan Umum Tarik Diri Dari Skuad Gajah Perang

kawin

Selepas Filipina, kini giliran rakan serantau, Thailand pula terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama, Kawin Thamsatchanan untuk kejohanan Piala Asia 2019 akibat kecederaan.

Kawin yang terlepas hampir 11 perlawanan untuk OH Leuven di divisyen 2 Belgium akibat kecederaan kaki tetap pulang ke Thailand untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Ini kerana, dua penjaga gol yang menggantikannya di Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu, Siwarak Tedsungnoen dan Chatchai Budprom dilihat gagal mencapai tahap yang diinginkan.

Selepas seminggu di kem latihan, penjaga gawang nombor satu skuad Gajah Perang itu akhirnya terpaksa mengalah dengan tahap kecergasan dan situasi kecederaan yang melanda dirinya.

Mengakui kecewa, Kawin membuat keputusan untuk menarik dirinya sehari sebelum senarai 23 pemain ke Piala Asia 2019 diumumkan oleh ketua jurulatih, Milovan Rajevac.

“Keadaan saya semakin baik tetapi ia tidak cukup bagus untuk saya meneruskan latihan. Setelah berbincang, saya dan jurulatih telah bersetuju untuk tidak mengambil risiko.

“Saya benar-benar kecewa tidak dapat bermain bersama pasukan tetapi saya akan bersedia untuk aksi seterusnya di kemudian hari,” ujar Kawin kepada portal tempatan, The Nation.

Kawin terlepas aksi Piala AFF selepas Milovan Rajevac memilih untuk meminggirkan nama-nama besar untuk memberi peluang kepada pemain-pemain yang beraksi di liga tempatan.

Kawin Thailand

Gajah Perang akhirnya tumbang di peringkat separuh akhir kepada Malaysia berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Di Kuala Lumpur, 4 hari sebelum itu, kedua-dua pasukan juga terikat dengan keputusan seri, tanpa jaringan.

Walaupun gagal ke pentas final, Thailand telah merekodkan keputusan yang baik apabila tidak pernah tewas dalam 6 perlawanan sepanjang Piala AFF dengan meraih 3 kemenangan.

Kem latihan Thailand dilihat kembali diperkuatkan oleh kapten, Teerasil Dangda dan pemain yang baharu sahaja memenangi Anugerah J-League Best Eleven, Chanathip Songkrasin.

Turut kembali berada di kem latihan akhir tersebut adalah penolong ketua pasukan yang kini beraksi di J-League 1 bersama kelab Vissel Kobe, Teerathon Bunmathan.

Untuk saingan Piala Asia, Thailand diletakkan dalam Kumpulan A bersama India, Bahrain dan UAE. Thailand akan membuka tirai kejohanan pada 6 Januari menentang India di Abu Dhabi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN