Kawin Thamsatchanan Sertai Chanatip Songkrasin Di Hokkaido Consadole

kawin thamsatchanan jleague 1 hokkaido consadole 2

Penjaga gol berpengalaman Thailand, Kawin Thamsatchanan akhirnya sah dipinjamkan ke kelab JLeague 1, Hokkaido Consadole untuk musim 2020 daripada kelabnya di Belgium, OH Leuven.

Ini menjadikan Kawin Thamsatchanan pemain kedua Thailand menyertai Hokkaido Consadole dan yang ke-5 beraksi di JLeague 1 selepas Chanatip Songkrasin (Hokkaido Consadole), Theerathon Bunmathan (Yokohama F. Marinos), Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse) dan Tawan Khotrsupho (Cerezo Osaka).

Sejak berpindah pada Januari 2018, Kawin Thamsatchanan telah tampil dalam 19 perlawanan bersama OH Leuven namun acapkali gagal untuk tampil dalam kesebelasan utama negaranya, Thailand.

Penjaga gol berusia 30 tahun itu bukan lagi pilihan utama Thailand untuk posisi nombor satu itu apabila Siwarak Tedsungnoen yang berusia 35 tahun lebih banyak digunakan oleh pengendali, Akira Nishino.

Malah, selepas mengalami kecederaan buku lali bermula pada November 2018, Siwarak Tedsungnoen dan Chatchai Budpom telah bersilih ganti mengambil alih tempat Kawin Thamsatchanan.

Kawin Thamsatchanan kembali mendapat tempatnya selaku penjaga gol dalam kesebelasan utama dan juga kapten Gajah Perang dalam aksi menentang Vietnam pada 19 November yang lalu.

Banyak pihak menyatakan yang penyertaannya ke JLeague 1 adalah lebih baik dengan reputasi baik yang telah dicipta rakan-rakan terdahulu seperti Chanatip Songkrasin dan Theeraton Bunmathan.

Malah Theeraton Bunmathan telah mengejutkan banyak pihak apabila berjaya mengetepikan penjaga gol Yokohama F. Marinos, Park Il -Gyu untuk didaftarkan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Dengan penjaga gol kedua Hokkaido Consadole, Takanori Sugeno yang berusia 35 tahun akan bersara pada penghujung musim ini, Kawin Thamsatchanan dijangka akan mengambil alih tempatnya.

Dengan kehadiran Chanatip Songkrasin yang telah bersama kelab itu sejak 2017, Kawin Thamsatchanan dijangka tiada masalah untuk lebih cepat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baharu.

Bercakap di laman sesawang kelab, bekas penjaga gol utama Muangthong United itu menyatakan rasa gembiranya menyertai Hokkaido Consadole dan akan segera menyesuaikan dirinya dengan pasukan.

Hokkaido Consadole akan membuka tirai JLeague 1 pada 22 Februari depan bertemu Kashiwa Reysol dan kemudian akan berkunjung ke Kawasaki untuk berdepan Kawasaki Frontale pada 29 Februari.

KREDIT FOTO: HOKKAIDO CONSADOLE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN