Memahami Jenis-Jenis Larian Ofensif Dalam Taktikal Bola Sepak

Dalam bola sepak, larian ofensif merujuk kepada attacking runs. Larian adalah aspek penting di dalam bola sepak. Namun larian bukanlah aktiviti yang sekadar berlari semata-mata.

Dalam bola sepak moden, larian adalah sebahagian daripada aspek penting di dalam taktikal.

Jika di Liverpool, kita boleh menyaksikan larian oleh 3 penyerang utama mereka yang kompleks, namun sebenarnya terdiri daripada variasi offensive run.

Di Chelsea, Eden Hazard sendiri mengakui dia baru sedar akan kepentingan beberapa jenis larian. Selama ini beliau hanya berlari untuk menerima bola.

Sebaliknya, di bawah ajaran Conte, beliau lebih faham yang pemain harus berlari untuk banyak aspek lain. Ini termasuk mencipta ruang untuk rakan yang lain.

Apa itu larian ofensif?

Ia disebut attacking runs ataupun offensive runs dalam bahasa universalnya.

Kawalan ataupun marking adalah aspek yang semakin kompleks di dalam taktikal bola sepak. Untuk melepasi kawalan ini, pelbagai cara harus dilakukan oleh penyerang.

Salah satu cara yang berkesan adalah melakukan larian tanpa bola yang berkesan.

Penyerang yang bijak akan berupaya berlari ke satu kawasan dengan tanpa bola di kaki. Akhirnya mereka menemui titik yang tepat untuk ‘menemui’ ataupun menerima bola.

Kadang-kadang, mereka akan menggunakan low pace seperti jogging pace dan walking pace untuk mengalihkan perhatian pertahanan lawan dan mewujudkan ruang dan peluang kepada rakan sepasukan.

Berikut adalah jenis-jenis larian ofensif dalam taktikal bola sepak.

1. Larian terus (direct runs)

Satu larian yang terus ke hadapan, menuju titik ancaman untuk menerima bola. Misalnya, bola di sisi (flank), pemain melakukan larian terus ke dalam kawasan gol.

2. Larian tidak terus (indirect runs)

Ia adalah larian yang kerap kami gelarkan larian untuk mengkucar-kacirkan lawan. Ia tidak dilakukan secara terus ke hadapan.

Ada yang berlari ke belakang untuk menarik pertahanan lawan keluar dan membuka ruang kepada rakan mereka.

Lihat larian yang dilakukan oleh Coutinho di bawah ini untuk membuka ruang di belakang supaya Firmino boleh menerima bola.

3. Larian dummy (dummy runs)

Ini adalah larian yang biasanya digunakan pemain yang berhadapan dengan pertahanan yang lebih laju ataupun pantas.

Biasanya bek sisi memiliki kelajuan akan memberikan masalah kepada pemain melepasi mereka.

Dummy runs bermaksud, pemain memulakan larian lebih awal di sekitar pemain pertahanan. Setelah pertahanan (marker) mereka membuka ruang, pemain ini akan meminta bola di kawasan tersebut.

4. Running forward

Ia adalah larian terus ke belakang pemain pertahanan. Ingat lagi bagaimana Marcos Alonso ketika menentang Arsenal untuk menghasilkan gol?

Ia antara contoh running forward yang berkesan. Dalam sistem penyerang tunggal, agak sukar untuk penyerang utama melakukan larian ini secara direct.

5. Checking back runs

Larian yang pergi ke blok pertahanan untuk. Ia adalah untuk menerima bola dan mengumpan (lay off) kepada pihak rakan. Ia juga disebut checking runs.

Ia antara larian yang paling bertaktikal. Pemain akan cuba memerhatikan keadaan di sekeliling mereka.

Diego Costa musim ini banyak melakukan larian ini. Beliau tidak melakukan direct forward runs, sebaliknya melakukan checking back runs.

6. Overlap runs

Ini adalah larian yang paling popular di kalangan kita semua. Ia adalah larian yang menyambung gerakan bola daripada rakan dari satu kawasan.

Overlap runs ini biasanya dilakukan oleh pemain bek sisi dan pemain sayap.

7. Diverting runs

Satu larian ofensif dari satu sisi ke sisi yang lain. Ianya kerap digunakan oleh pasukan Liverpool musim ini di bawah Jurgen Klopp.

Rumusan

Itu antara 7 jenis larian ofensif yang kami senaraikan kali ini. Masih banyak lagi larian ofensif untuk taktikal bola sepak.

Jika pemain seperti Hazard sendiri mengakui yang beliau selama ini tidak banyak variasi dalam larian, apa alasan pemain-pemain di negara kita untuk cuba memperbaiki aspek larian ini.

Peningkatan kualiti dan variasi larian yang ada pada Hazard pada musim lalu membuatkan beliau menjadi pemain lebih baik walaupun beliau sebelum itu memang antara yang terbaik.

Jika anda ada penambahan, kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Baca juga: Atletico Tucuman Pinjam Jersi Pasukan Argentina Selepas Terlupa Bawa Jersi Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN