Quantcast
Karren Brady Tawarkan Pakej Istimewa Untuk Pemulangan Jersi Payet
BERITA

Karren Brady Tawarkan Pakej Istimewa Untuk Pemulangan Jersi Payet

Tuesday, 31 Jan 2017

Karren Brady telah mengumumkan bahawa penyokong West Ham boleh memulangkan replika jersi Payet ke ke kedai rasmi barangan West Ham United.

Mereka boleh menggantikannya dengan mana-mana jersi replika yang baru hanya dengan menambah £25.

Sebelum itu, kami perkenalkan dahulu siapakah Karren Brady. Karren adalah salah seorang ahli perniagaan yang sangat berpengaruh di Britain.

Karren antara wanita yang berpengaruh juga di dalam bidang sukan. Pernah menjadi ketua bahagian pengiklanan di Birmingham City pada usia 20 tahun.

Pada usia 23 tahun Karren menerima tawaran untuk menjadi Pengarah Sukan di Birmingham. Kini beliau adalah timbalan pengerusi di West Ham.

Berbalik kepada kes Dmitri Payet, Karren Brady mendengar rintihan penyokong yang marah dengan Payet. Beliau mahu menunjukkan perasaan yang sama dirasai oleh pengurusan West Ham.

Semua orang merasakan satu kerugian memiliki jersi Payet yang dianggap tidak menghormati kelab selepas menandatangani kontrak panjang beberapa bulan yang lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu mendesak perpindahan semula ke Marseille. West Ham terpaksa menerima £25 juta. Ianya selepas kelab menolak tawaran dipercayai £50 juta dari Real Madrid selepas Piala Eropah lalu.

Banyak lagi tawaran besar lain di atas meja West Ham untuk Payet ditolak kerana pemain itu menyatakan dia mahu kekal berjuang bersama Slaven Bilic.

Karren Brady mengumumkan tawaran istimewa jersi Payet itu di twitter beliau. Ianya bermula selepas seorang peminat West Ham menghantar tweet kepada beliau.

Sebelum ini Payet Akhirnya ‘Pulang Ke Rumah’ Selepas West Ham Tunduk Dengan Kemahuannya.

Tawaran ini membolehkan penyokong West Ham jimat £11.66 untuk memiliki jersi replika yang baru. David Sullivan turut membidas sikap Payet dengan berkata:

“Kelab dengan ikhlas ingin merakamkan kekecewaan ke atas Dimitri Payet kerana tidak menunjukkan komitmen seperti mana  West Ham United yang tunjukkan kepada beliau.

“Lebih-lebih lagi apabila kami memberikan ganjaran istimewa kepadanya dengan pakej lumayan dalam kontrak baru lima tahun setengah tahun lepas.”

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak ada keperluan untuk menjual beliau kerana isu kewangan. Namun selepas mengambil kira isu semangat bersatu di dalam pasukan, kami lepaskan beliau.”

“Ia tidak sihat untuk pengurus dan juga pemain lain sekiranya Payet terus kekal di sini.”

Jadi kepada penyokong West Ham di Malaysia yang ada membeli jersi replika Dmitri Payet, jangan lepaskan tawaran ini.

Baca juga: 11 Pemain Bola Sepak Malaysia Berbangsa Cina Yang Bertaraf Lagenda

Rujukan

  1. Skysports
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik