Bekas jurulatih Perak yang merupakan antara jurulatih yang cukup digemari oleh peminat The Bos Gaurus iaitu Karl-Heinz Weigang dilaporkan telah meninggal dunia.
Menerusi laman Twitter personaliti Astro Arena iaitu Akbar Sahari, jurulatih veteran itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Karl Heinz Weigang dikhabarkan meninggal dunia di Jerman akibat serangan jantung… #atukweigang
— AkbarSahari (@rabkairahas) June 13, 2017
Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Weigang dengan bola sepak Malaysia cukup sebati. Beliau merupakan individu yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 namun pasukan negara menarik diri akibat protes terhadap negara tuan rumah.
Selepas itu, beliau terus menjadi jurulatih yang sentiasa menjadi kesayangan penyokong-penyokong Perak apabila kehadiran beliau telah berjaya membawa pelbagai kejayaan kepada Perak.
Beliau pernah membawa kejayaan kepada Perak pada tahun 1998 dan juga 2000 apabila membawa pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia.
Weigang musim ini ada menjadi jurulatih pasukan Perak pada awal musim namun beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut pada pertengahan musim.
Kenangan terhebat beliau pada musim ini adalah membantu Perak menewaskan JDT dalam saingan Liga Super di Ipoh.
Kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Karl-Heinz Weigang. Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.