Adakah Karl-Heinz Weigang Tidak Lagi Jadi Jurulatih Perak?

Adakah kini Karl-Heinz Weigang sudah tidak lagi menjadi jurulatih Perak?

Perkara ini semakin hari semakin hangat apabila pengendali dari Jerman itu menampakkan yang beliau sepertinya sudah tidak lagi mahu bersama dengan pasukan tersebut.

“I’m flying back home”

Bibit perpisahan antara Perak dan juga Weigang bermula selepas aksi Liga Super diantara PKNS FC dengan Perak di Stadium Shah Alam.

Dalam perlawanan itu, pasukan kendalian beliau tewas 3-0 sambil Perak melepaskan beberapa peluang terhidang termasuklah penalti yang gagal disempurnakan.

Selepas perlawanan, beliau menuju ke penonton sambil berkata “I’m finished. I’m flying back home.” (Saya rasa cukuplah. Saya nak balik”)

Tapi pada mulanya kami rasakan beliau tidak benar-benar maksudkanya, biasalah orang tua cepat terasa.

Namun kini semuanya jadi realiti.

Hal ini terjadi selepas sebuah gambar tersebar menyaksikan Weigang berjalan sambil membawa barang-barang peribadi beliau.

Dan menurut sumber lain yang kami terima, Weigang telah dipecat oleh pihak PAFA atas sebab yang tidak dinyatakan.

Gambar: Teluk Intan FC

Mehmet pengganti?

Jadi siapakah pengganti beliau? Ketika ini nama bekas pengendali Selangor Mehmat Durakovic hangat diperkatakan akan menjadi pengganti Weigang.

Situasi ini muncul selepas kelibat Durakovic dilihat ketika berada di Stadium Perak ketika aksi Liga Super Perak menentang JDT.

Jadi apa kata penyokong Perak? Anda boleh terima dengan pemergian Atuk Weigang dan menerima kehadiran Durakovic? Nyatakan di ruangan komen!

Baca juga: Melaka Teruskan Rentak Kemenangan, Spasogoal Jaringkan Gol Pertama Liga Super!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN