Pada hari ini kesilapan-kesilapan mudah oleh penjaga gol begitu pantas dikaitkan dengan kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Liverpool, Loris Karius. Kesilapan itu dinamakan sebagai ‘sindrom Karius’.
David de Gea ketika bersama Sepanyol dalam aksi Piala Dunia di Rusia bulan lalu tidak terkecuali.
Disebalik tragedi yang memalukan dirinya itu, Loris Karius menegaskan tindakannya menyertai Besiktas secara pinjaman bukan untuk ‘melarikan diri’ dari Merseyside selepas menempuh malam mengerikan di final Liga Juara-Juara.
Pemain berusia 25 tahun dari Jerman itu melakukan dua kesilapan besar pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan Liverpool tumbang 1-3 kepada Real Madrid di Kiev, Ukraine, Mei lalu.
Begitupun, beberapa hari selepas kekalahan itu, muncul laporan yang mengatakan Karius mengalami gegaran kepala selepas disiku pertahanan Real, Sergio Ramos sebelum melakukan kesilapan berkenaan.
Since arriving in Turkey I haven't had any interviews. The news and quotes that have been published are not true. That's something I wanted you to know.
Yours, Loris Karius— Loris Karius (@LorisKarius) September 13, 2018
Sekali pun mendapat sokongan jurulatih, Jurgen Klopp, Karius meninggalkan Liverpool, bulan lalu untuk menyertai kelab Turki, Besiktas secara pinjaman selama dua tahun selepas Reds menandatangani penjaga gol Brazil, Alisson Becker dari Roma.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan Jurgen Klopp, malah kami memiliki hubungan cukup baik, dia tidak pernah menyalahkan saya (kesilapan di Kiev),” kata Karius kepada akhbar harian Jerman, Bild.
“Saya boleh kekal di Liverpool dan bermain beberapa perlawanan, tetapi saya mahu menjadi nombor satu dan bermain dengan kerap. Tiada siapa memberitahu saya supaya meninggalkan Liverpool dan saya tidak melarikan diri.
Karius speaks out on his @ChampionsLeague nightmare
Will he ever recover?#LFC #UCL pic.twitter.com/kiX4MPWhr0
— ITV Football (@itvfootball) September 23, 2018
“Saya berada di usia di mana saya perlu bermain secara kerap. Selepas perpindahan Alisson Becker, saya memutuskan untuk berhijrah ke Istanbul dan menyertai Besiktas.
“Tekanan yang diperoleh pada satu ketika daripada pihak media dan orang ramai terlalu besar dan Liverpool perlu bertindak balas, sesuatu yang tidak begitu baik untuk situasi saya tetapi ia berlaku dalam bola sepak.”
I didn't run away from Liverpool, insists Loris Karius https://t.co/ykqCabhgJg #lfc pic.twitter.com/lJAAy0sO4z
— Indy Football (@IndyFootball) September 24, 2018
Sekali pun Karius mengakui dia berfikir ‘setiap hari’ selama beberapa minggu mengenai final berkenaan, dia sudah pun mendapat ketenangan ketika ini.
“Saya tahu saya mungkin akan ditanya dengan lebih 100 soalan mengenainya tetapi saya tidak boleh mengundurkan masa dan saya perlu menamatkannya.”