Karius Masih Berharap Kembali Ke Pangkuan Liverpool

Loris Karius masih menaruh harapan untuk kembali ke pangkuan Liverpool satu hari nanti.

Malah penjaga gol itu yakin Liverpool mampu menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dan buat masa ini beliau berpendapat sukar untuk membayangkan juara Eropah musim lalu itu tewas mana-mana perlawanan.

Walaupun seolah-olah dilupakan, Karius berkata beliau tidak terasa hati selepas dipinjamkan keluar oleh Liverpool selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2018.

Karius kini berada di musim kedua bersama Besiktas, selepas dipinjamkan dari Liverpool. Kali terakhir beliau menyarung jersi kelab Merseyside itu adalah ketika perlawanan akhir UCL tempoh hari.

Penyokong Liverpool tidak akan boleh memadam memori bagaimana penjaga gol dari Jerman itu membaling bola ke arah Karim Benzema yang memberikan Real Madrid pendahuluan.

Ia diikuti oleh percubaan jarak jauh oleh Gareth Bale ditolak lemah, sebelum menuju ke gawang sendiri untuk Liverpool tewas 3-1. Ia adalah dua kesilapan yang sentiasa menghantui karier Karius.

Beberapa hari selepas perlawanan, Liverpool mengesahkan penjaga gol itu mengalami gegaran di kepala yang mendorong kepada dua kesilapan yang mengundang padah tersebut.

Dan setelah Alisson tiba dengan nilai £67 juta (rekod dunia untuk penjaga gol pada waktu itu), Karius seperti tiada lagi tempat di Anfield sebelum memilih untuk ke Turki.

Beliau gembira akhirnya Liverpool muncul juara UCL pada musim lalu. Walaupun mengalami kesukaran sejak perlawanan akhir 2018, Karius tidak mahu menutup pintu untuk kembali menyertai Liverpool satu hari nanti.

“Adakah saya akan beraksi bersama Liverpool lagi? Sudah tentu ia adalah antara pilihan yang ada, dan ia adalah pilihan yang baik,” ujar beliau seperti yang dipetik daripada The Guardian.

“Mungkin saya akan beraksi bersama Liverpool lagi. Tiada siapa yang akan mengetahui itu. Ia masih jauh. Jika bukan Liverpool, ia mungkin sebuah lagi pasukan yang hebat. Saya tidak risaukan senario tersebut.

“Saya sudah melupakan apa yang berlaku di Kiev. Ia sudah lama, hampir dua musim yang lalu. Terdapat banyak perkara berlaku ketika itu.

“Saya mengalami kecederaan yang teruk, dan tiada siapa yang bercakap mengenai hal itu. Sekarang siapa sahaja boleh bercakap apa sahaja mereka mahu. Saya tidak peduli apa mereka mahu katakan.

“Saya gembira Liverpool muncul juara UCL pada musim lalu, dan mereka mempunyai peluang yang baik untuk melakukannya lagi musim ini.

“Saya juga masih berhubung dengan jurulatih penjaga gol dan beberapa pemain di sana,” ujar beliau.

Buat masa ini, Karius sudah tentu perlu memperbaiki prestasi beliau bersama Besiktas sekiranya mengimpikan untuk pulang ke Anfield satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN