Karim Benzema Akui Tiada Masalah Dengan Sikap ‘Pentingkan Diri’ Cristiano Ronaldo

Karim Benzema

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema menjelaskan bahawa beliau berjaya membentuk persefahaman yang baik bersama rakan sepasukannya di kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Dalam pada itu, Benzema turut merasakan Cristiano Ronaldo lebih mempunyai sikap pentingkan diri berbanding dirinya, namun menyifatkan sikap dari bintang kelab itu mendatangkan kebaikan buat Real Madrid dan beliau tidak mempunyai masalah dengan pemain kelahiran Portugal itu.

Sudah hampir sedekad Benzema dan Ronaldo berada di Santiago Bernabeu selepas kedua-duanya menyertai Real Madrid pada musim 2009-2010.

Walaupun kelihatan sering dibayangi dengan kelibat dan kehebatan Cristiano Ronaldo, Karim Benzema ternyata tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut, beliau turut menyatakan bahawa hubungannya dengan Ronaldo juga sangat baik.

Di Real (Madrid), saya menjaringkan gol tetapi apabila rakan sepasukan anda menghasilkan 50 gol bagi satu musim (anda tidak dapat melakukan apa-apa),” kata Benzema kepada Canal+.

Karim Benzema
(L-R) goalkeeper Hugo Lloris of Tottenham Hotspur FC, Jan Vertonghen of Tottenham Hotspur FC, Toby Alderweireld of Tottenham Hotspur FC, Karim Benzema of Real Madrid, Christian Eriksen of Tottenham Hotspur FC, Cristiano Ronaldo of Real Madrid during the UEFA Champions League group H match between Real Madrid and Tottenham Hotspur on October 17, 2017 at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid, Spain.(Photo by VI Images via Getty Images)

”Saya dan Ronaldo, kami bergandingan dengan baik. Saya suka bermain dengannya. Dia suka bermain dengan satu sentuhan bola (one touch). Dia juga lebih mementingkan diri daripada saya tetapi itu perkara biasa. Itu juga tidak mengganggu saya. Akhirnya ia adalah sangat bagus buat pasukan.”

Benzema turut berkongsikan tentang keupayaannya untuk kekal di Real Madrid bagi tahun yang ke-9 musim ini.

”Saya tidak dapat membayangkan yang saya mampu untuk kekal di Real Madrid selama 9 tahun,” kata Benzema. ”Apabila saya di Lyon, saya mengimpikan untuk berpindah ke Real untuk memenangi kejuaraan. Perkara yang paling sukar di Madrid adalah tekanan.”

”Perdebatan mengenai saya? Ianya adalah untuk melariskan akhbar. Saya sudah biasa dengan keadaan ini. Saya kekal fokus terhadap bola sepak. Pada usia ini, saya telah belajar untuk bertenang.”

Ketika ini Real Madrid berada ditangga ke-3 La Liga dengan mengumpul 23 mata selepas 11 perlawanan. Ketinggalan 8 mata dibelakang Barcelona yang menghuni tangga teratas.
Sementara itu, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo baru menghasilkan satu jaringan buat Real Madrid dalam saingan La Liga musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN