Karier Hebat David Villa Bakal Berakhir Penghujung 2019

David Villa

Bekas penyerang skuad kebangsaan Sepanyol yang kini beraksi untuk Vissel Kobe, David Villa bakal mengucapkan selamat tinggal buat kancah bola sepak profesional apabila telah mengumumkan persaraannya pada penghujung tahun ini.

Dengan saingan J-League hanya berbaki tiga perlawanan, ia dilihat sebagai langkah yang sesuai oleh penjaring terbanyak sepanjang  zaman buat Sepanyol itu.

Keputusan yang diambil oleh Villa tersebut sekaligus menamatkan karier penuh gemilang selama 19 tahun beliau yang pernah beraksi di Sepanyol, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun.

Sepanjang kerjaya hebatnya itu, David Villa telah menjaringkan 376 jaringan dalam 752 perlawanan yang dihadapinya di peringkat kelab manakala di pentas antarabangsa pula, pemain berusia 37 tahun itu mencetak 59 gol daripada 98 penampilan bersama skuad Sepanyol.

Berjaya membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Kejuaraan Eropah 2008 [turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan] pastinya menjadi antara detik paling manis buat anak kelahiran Langreo, Sepanyol itu.

Di peringkat kelab pula menyaksikan beliau mendakap kejuaraan La Liga sebanyak dua kali bersama Barcelona manakala sekali meraih juara ketika menyarung jersi Atletico Madrid.

Bersama Barcelona, Villa turut menjadi sandaran dalam kelab tersebut meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah 2010/11 dan Piala Dunia Kelab 2011.

Dalam pada itu, media barat melaporkan David Villa menjadi pelabur utama buat kelab USL Championsip, Queensboro FC yang akan beraksi pada 2021.

Kredit foto: FIFA.com

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN