Kapten JDT Kecewa Larkin Banyak Kerusi Kosong Selepas Kejayaan Hatrik Berganda

Hariss Harun

Hariss Harun tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau dengan apa yang berlaku kepada JDT.

Beberapa minggu lalu, TMJ menzahirkan kekecewaan beliau dengan kehambaran atmosfera pada perlawanan terakhir liga.

Ada yang menjadikan alasan, pertembungan jadual dengan keraian piala adalah puncanya.

Namun dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia, Larkin sekali dilanda isu atmosfera penyokong yang hambar. Lantas TMJ menyatakan beliau sekali lagi kecewa, setelah berusaha segalanya untuk menyiapkan stadium baharu.

Hariss Harun kemudian tampil dengan kenyataan bahawa beliau terkejut dengan ‘layanan’ oleh penyokong JDT setelah para pemain memberikan kejayaan double hat-trick.

Hariss menerusi JST berkata: “Saya telah berada di sini sejak 2014 dan kami telah memenangi banyak trofi. Saya telah melihat ramai orang bercakap mengenai atmosfera JDT di Larkin.”

“Walau di mana saya pergi orang bertanya kepada saya dan bercakap mengenainya, namun sedih untuk mengatakan bahawa saya dan pemain-pemain lain tidak merasakan atmosfera itu semalam.”

“Kami tidak percaya ianya terjadi kerana kami fikir selepas menjadi juara liga enam kali, mencipta sejarah dan melakukan ‘double hat-trick’, kami akan mendapat lebih banyak sokongan.”

Hariss menegaskan perkara itu memberikan kesan kepada para pemain dan pasukan.

“Malangnya, itu tidak berlaku dan jika saya perlu berkongsi dengan anda sama ada ia memberi kesan kepada prestasi kami, tentu saja ianya memberi kesan, kerana tanpa penyokong di belakang kami menjadikannya lebih sukar bagi kami sebagai satu kelab untuk memberikan segala-galanya sewaktu menentang pasukan lawan,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN