Kita semua maklum bola sepak Inggeris mempunyai lapisan atau divisyen yang sangat banyak. Ada kelab yang dahulunya pernah bermain dalam saingan Liga Perdana kini bermain di EFL League Two.
Ada juga kelab yang beraksi di EFL League Two kini berstatus kelab Liga Perdana Inggeris. Naik turun liga merupakan fitrah kelab-kelab bola sepak di England.
Tetapi kisah Ian Ashbee, pemain Hull City ini sangat unik untuk kita ikuti.
Ian Ashbee
Ian Ashbee dilahirkan pada 6 September 1976. Pada hari ini, Ian sudah berusia 42 tahun.
Karier Ian sebenarnya bermula bersama Derby County pada 1974. Namun pemain ini sukar memberikan impak walaupun selepas beberapa siri pinjaman ke kelab lain.
Akhirnya beliau dijual kepada Cambridge City pada 1996.
Debut Ian bersama Cambridge ialah dalam kemenangan 1-0 menentang Torquay. Ian menjadi antara pemain paling lama berkhidmat untuk Cambridge dalam sejarah kelab berkenaan.
Akhirnya Ian dibeli oleh Jan Molby pada Jun 2002 untuk menyertai Hull City.
Debut bersama Hull pasti perlawanan yang ingin dilupakan oleh pemain ini kerana dilayangkan kad merah.
Setia
Apabila Ian Ashbee dilantik kapten dalam perlawanan Hull City dalam Liga Perdana musim 2008-09, beliau telah menjadi satu-satunya individu menjadi kapten di kelab sama di keempat-empat liga Inggeris.
Segalanya bermula apabila Ian dilantik sebagai kapten Hull City pada musim 2002-03. Pada ketika itu The Tigers bermain di EFL League Two.
Pada musim 2003-04, Hull City masih mengekalkan Ian sebagai kapten. Musim itu jugalah mereka meraih kedudukan kedua EFL League Two yang menjanjikan kenaikan ke EFL League One.
Berturut-turut
Momentum Hull pada musim 2004/05 diteruskan seperti musim sebelumnya. Salah satu kunci momentum Ian masih dikekalkan kedudukan kapten.
Pada musim itu jugalah, mereka menjadi naib johan EFL League One. Naib johan EFL League One diberikan tiket promosi ke EFL Championship.
Hull City bermain di EFL Championship beberapa musim selepas itu.
Tidak diusik
Meskipun Hull City sering bertukar pengurus pada waktu itu, kedudukan Ian tidak berubah. Akhirnya Hull City mencoret nama di persada dunia apabila memenangi perlawanan akhir play-off EFL Championship menentang Bristol City.
Gol tunggal Dean Windass pada perlawanan tersebut memastikan Tigers mara ke Liga Perdana Inggeris pertama kali dalam sejarah. Pada ketika itu, Hull dikendalikan oleh Phil Brown.
Ian pernah mengalami beberapa kecederaan semasa karier sebagai pemain di Hull. Sudah pasti beliau tidak diturunkan oleh pengurus dan ada pemain lain sebagai menggantikannya sebagai kempen.
Sejarah dipahat
Pada Januari lalu, nama kapten fantastik Hull ini telah disenaraikan dalam Hall of Fame kelab.
Beliau berasa bangga dengan rekod unik selaku kapten kelab yang bersama di keempat-empat divisyen.
Ian mengatakan bahawa hatinya sudah terpaut kepada bandar raya Hull.
Walaupun berasal dari Birmingham, beliau membesarkan keluarganya di sini dan anaknya menjadi penyokong The Tigers.
Penutup
Kini, Ian sudah menggantung but dan menyara hidup sebagai pengurus di syarikat pembuatan jam tangan, setelah bersara pada 2012 pada usia 36 tahun.
Meskipun pernah beraksi untuk Cambridge United dan Preston, namanya amat dikenali di Hull.
Nama Ian Ashbee terpahat sebagai kapten Hull City yang pernah bergelar kapten merentasi empat divisyen bola sepak Inggeris.