Kaps Antarabangsa: Ronaldo Mendahului, Tetapi Chin Aun Tetap Di Hati

Ronaldo Chin Aun

Di sebalik kekecewaan Cristiano Ronaldo tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, penyerang Portugal tersebut telah pun muncul pemain dengan kaps antarabangsa tertinggi menyamai rekod 196 penampilan yang dipegang oleh Bader Al-Mutawa.

Untuk berpuluh tahun lamanya, rekod kaps antarabangsa sebelum ini adalah milik Datuk Soh Chin Aun yang telah mengumpul 195 penampilan untuk skuad kebangsaan Malaysia.

Bagaimanapun rekod milik legenda bola sepak negara yang digelar ‘Tauke’ hanya diiktiraf pada Ogos tahun lalu setelah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selesai membuat ‘pemutihan’ rekod perlawanan milik bekas pertahanan kental negara itu.

Keseluruhan penampilan yang direkodkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah sebanyak 252, namun hanya 195 daripadanya yang dikira dalam kategori A.

Ronaldo pula setakat ini hanya mengesahkan Piala Dunia 2022 akan menjadi penampilan terakhirnya di kejohanan utama tersebut selepas beraksi dalam lima edisi sejak 2006 dan muncul pemain pertama dalam sejarah yang menjaringkan gol dalam kesemua lima edisi yang disertainya.

Pemain berusia 37 tahun itu turut unggul mendahului senarai penjaring gol antarabangsa terbanyak dengan 118 gol, termasuk satu gol yang dijaringkan dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia menentang Ghana tempoh hari.

Meskipun rekod milik Chin Aun yang kini berusia 72 tahun telah dipintas dan nama legenda bola sepak negara itu tidak lagi berada di ‘puncak dunia’, namun beliau akan kekal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Rekod tersebut disusuli oleh Datuk Shukor Salleh yang mempunyai 163 penampilan bermula dari 1970 hingga 1981, sementara Datuk Mokhtar Dahari pula mengumpul 138 kaps dalam tempoh 14 tahun bermula 1972 hingga 1985.

Seterusnya penjaga gol skuad kebangsaan, Datuk R. Arumugam pula menjadi pemain negara keempat dalam senarai tersebut dengan merekodkan 131 penampilan sejak 1973 hingga 1986.

Ia diikuti oleh Datuk Zainal Abidin Hassan (116), M Chandran (115) dan Datuk Santokh Singh (100).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN