Bintang tengah Chelsea, N’Golo Kante mengatakan perlawanan berdepan Manchester United pada Isnin ini bukanlah mengenai soal ‘balas dendam’ selepas pasukannya dimalukan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal musim ini dengan kekalahan 4-0.
Baginya kedua-dua pasukan ketika ini bukanlah berada di kedudukan yang baik kerana masing-masing bergelut untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.
Chelsea kini berada di tangga keempat selepas hanya meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan EPL terakhir mereka dan jarak mata dengan pasukan-pasukan lain hanya dipisahkan dengan beberapa mata sahaja.
😱 Chelsea with and without N'Golo Kante – Premier League 2019/20
— WhoScored.com (@WhoScored) February 6, 2020
It's been a tough season for the lovable Frenchman 👉 https://t.co/b4DimSW7D6 pic.twitter.com/UBSDBB8fnC
Pasukan di tangga kelima, Sheffield United hanya dua mata di bekalang sementara Tottenham Hotspur pula dibezakan dengan empat mata dan jika pasukan itu menang ke atas Aston Villa pada Ahad, perbezaan hanya tinggal satu mata sahaja.
“Manchester United hanya ketinggalan sedikit [enam mata] sahaja dibelakang dan mereka sudah tentu mahu merapatkan kedudukan. Jadi ini adalah peluang kami untuk pastikan mereka terus tercicir,” katanya.
“Jadi ianya perlawanan yang penting buat kedua-dua pasukan. Kita semua tahu menentang United di tempat mereka adalah perlawanan yang sukar dan kami menghadapinya dalam perlawanan pertama.
“Tetapi sekarang bukan masa untuk memikirkannya lagi, semua pemain perlu memandang ke hadapan dan kami perlu mencapai kemenangan untuk terus menjarakkan kedudukan dengan mereka. Sebab itulah kami perlu menang, bukan soal ‘balas dendam’.”
https://twitter.com/Fanzinecom/status/1225702739155525632?s=20
Untuk beberapa minggu akan datang ini, ia adalah satu tempoh yang cukup getir buat Chelsea kerana selepas berdepan Manchester United, pada Ahad, mereka akan bertemu Tottenham Hotspur pada Sabtu sebelum menerima kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bagaimanapun Kante gembira dengan cuti rehat separuh musim yang mula diperkenalkan dalam EPL pada musim ini kerana membolehkan semua pemain mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah saya di Paris. Ianya tempoh rehat yang bagus dan perkara baru dalam EPL ini baik untuk pemain.
“Kami telah kembali dan berusaha untuk mengembalikan kecergasan dan bersedia untuk perlawanan berikutnya dan sudah tentu kami mahu mendapatkan tiga mata penuh.
Chelsea players swamp N'Golo Kanté after his opener against Manchester United. pic.twitter.com/Hf9rZHASRs
— Squawka Live (@Squawka_Live) March 13, 2017
“Saya yakin pasukan ini mampu mendapatkan apa yang disasarkan. Tamatkan saingan di empat kedudukan terbaik, dapatkan slot ke UCL. Kami sudah miliki apa yang kami perlukan dalam pasukan ini.”
Chelsea sudah tewas dua kali kepada Manchester United pada musim ini termasuk kekalahan 2-1 dalam saingan Piala Carabou pada penghujung Oktober lepas.