Kapten skuad England, Harry Kane percaya pasukannya itu akan kembali dari Russia sebagai juara Piala Dunia tahun ini berdasarkan kualiti barisan pemain yang dipilih oleh Gareth Southgate.
England yang akan mengharungi Piala Dunia 2018 dengan skuad muda mendapat jangkaan rendah daripada ramai pihak tetapi kane yakin skuad ini akan mengejutkan ramai pihak.
Pengurus England, Gareth Southgate menyenaraikan pasukan yang boleh dianggap ‘mentah’ bagi aksi di Russia yang menyaksikan mereka akan bertemu Tunisia, Belgium dan Panama dalam Kumpulan G.
England tidak pernah menjuarai Piala Dunia sejak 1966 dan tekanan tinggi daripada ramai pihak sejak beberapa edisi lalu berakhir dengan kekecewaan tetapi bagi penyerang Tottenham, Kane, dia percaya tidak mustahil kejayaan mampu dijulang.
Harry Kane believes England can lift the #worldcup trophy and "Anything else is not good enough really" pic.twitter.com/Wp3C2Y5fSx
— BBC Sport (@BBCSport) May 22, 2018
“Saya percaya kami boleh memenanginya. Sesiapapun boleh. Saya tidak boleh berkata yang kami tidak akan memenanginya kerana kami memang boleh,” kata Kane.
“Saya mahu menang semua yang saya lakukan. Ia sudah ditetapkan dalam minda saya. Pemain-pemain lain juga sama. Itulah yang kami akan cuba dan akan lakukan.
“Ada beberapa pasukan yang benar-benar bagus di Piala Dunia, tetapi bagus untuk cuba bersaing untuk menjulang mimpi itu. Kami akan berjuang dan memberikan segala-galanya yang kami miliki.”
Pada usia 24 tahun, Kane menjadi kapten termuda England di Piala Dunia.
The end of a busy but very proud day for me. You always dream of playing for @England growing up and being the captain is that bit more. Thanks for all your messages. 🦁🦁🦁 #ThreeLions pic.twitter.com/rnlQosNbNY
— Harry Kane (@HKane) May 22, 2018
“Sudah tentu kami berfikir mengenainya (menjuarai Piala Dunia). Mustahil tidak melakukannya, atau tidak bermimpi mengenainya. Ia adalah Piala Dunia, kejohanan terbesar di dunia.
Ketika prospek menjuarai Piala Dunia membuka mata ramai pihak yang mungkin menganggapnya sebagai tidak perlu, Kane berkata skuad muda England tidak boleh takut untuk menunjukkan keyakinan.
“Kami perlu berani. Saya ada ketika bermain di peringkat kumpulan atau di separuh akhir, ia adalah sama. Kami berbincang sebagai pemain dan berkata tiada apa yang kami perlu takut.
“Kami mahu memenanginya, pergi ke sana, lakukan yang terbaik dan mencapainya.”