Kane Akan Ambil Tindakan Drastik Jika Pemain England Terus Terima Serangan Perkauman

Walaupun sudah memasuki era digital, perangai manusia masih lagi tidak berubah.

Kapten England, Harry Kane akan melakukan tindakan drastik sekiranya rakan sepasukan beliau terus diberikan layanan berbentuk perkauman dari penyokong pasukan lawan.

Menurut laman Telegraph, Kane mengatakan beliau akan mengetuai skuadnya untuk meninggalkan padang andai ada rakan sepasukannya yang menerima serangan sebegitu.

“Saya merupakan pemain yang cukup menyokong rakan sepasukan saya. Sekiranya terjadi lagi perkara sebegini, saya akan mengetuai pasukan saya keluar dari padang.”

Dalam perlawanan kelayakan EURO 2020 yang lalu, Raheem Sterling, Callum Hudson-Odoi dan Danny Rose mengalami masa sukar ketika diatas padang.

Mereka diejek dengan sorakan perkauman oleh penyokong Montenegro dengan bunyi monyet sepanjang perlawanan yang dilangsungkan di Podgorica.

Pada hemat Kane, perbuatan melakukan provokasi secara perkauman ini jelas melampau dan perlu dihentikan segera.

“Ianya cukup teruk dan amat tidak boleh diterima. Pada saya, para pemain telah melakukan yang terbaik dalam menghadapi situasi ini dengan terus profesional dan fokus pada tugas mereka di padang.”

“Kini sudah tiba masanya untuk mereka diluar sana mengambil keputusan dan tindakan yang betul terhadap perkara ini kerana perkara ini jelas tidak mempunyai hak dimana-mana tempat di dunia ini.”

Isu perkauman dalam bola sepak masih belum menampakkan tanda-tanda akan reda terutamanya pada musim ini.

Di awal musim, pemain Napoli iaitu Kalidou Koulibaly mengalami nasib yang sama apabila menjadi sasaran sorakan perkauman oleh penyokong lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN