Kanak-Kanak Palestin Pula Kutip Derma Untuk Bantu Celtic Yang Bakal Didenda UEFA

Tindakan ini ternyata satu tindakan yang akan buat sesiapa sahaja terharu.

Masih anda ingat? Peristiwa di Celtic Park di mana penyokong Celtic beramai-ramai mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan play-off UEFA Champions League menentang Hapoel Beer Sheva.

Ya, peristiwa itu mendapat sokongan ramai pihak tetapi ianya tidak dipersetujui oleh UEFA.

Celtic bakal didenda £16 ribu diatas kesalahan – menyampaikan mesej yang tidak bersesuaian dengan acara kesukanan, terutamanya mesej yang menyentuh ideologi politik, keagamaan, provokasi atau menyakitkan hati mana-mana pihak.

Oleh itu, penyokong Celtic telah pun mengumpulkan dana sebanyak jumlah denda yang kelab Celtic perlu bayar untuk didermakan kepada warga Palestin.

Sasarannya adalah £30 ribu sahaja, tetapi kini jumlah sudah melebihi £100 ribu!

Mendapat tahu perbuatan penyokong Celtic ini, kanak-kanak di Palestin cuba untuk ‘membalas’, dengan mengumpulkan wang sebanyak mungkin untuk membantu Celtic membayar denda UEFA.

palestin

Anak-anak Palestin ‘membalas’ budi penyokong Celtic

Kanak-kanak Palestin yang dipercayai tinggal di kem pelarian di Tebing Barat membuat sesi kutipan derma untuk membantu Celtic membayar denda UEFA.

Screen-Shot-2016-08-30-at-125014

Kanak-kanak itu beratur beramai-ramai sambil meletakkan wang sumbangan mereka ke dalam satu kotak yang dijadikan sebagai tabung.

Kotak itu diwarnakan dengan warna masyhur Celtic iaitu jalur hijau dan putih sambil tertera ayat Thanks Celtic (Terima Kasih Celtic).

Screen-Shot-2016-08-30-at-124844

Mereka beratur sambil membawa bendera Palestin, ada yang menggunakan wang yang mereka simpan di dalam tabung mereka sendiri!

Ucapan terima kasih

Terdahulu, beberapa warga Palestin telah merakamkan video ucapan terima kasih kepada penyokong Celtic kerana mengutip dana untuk membantu mereka.

Mereka yang merakamkan video tersebut merupakan penghuni kem pelarian Lanjee Center yang terletak di Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Kem yang itu dikhaskan untuk warga muda yang berasal dari Palestin sahaja.

Dalam video tersebut, mereka memakai jersi Celtic sambil memegang kad manila dan kain rentang yang tertera logo Celtic, Green Bridgade (gerakan ultras Celtic) dan ucapan ‘terima kasih Celtic’.

Dalam video itu juga mereka mengucapkan ucapan terima kasih kepada penyokong Celtic kerana bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan mereka juga menyanyikan chant Celtic.

Celtic akan mengetahui nasib mereka sama ada bakal didenda oleh UEFA ataupun tidak pada 22 September 2016.

Baca juga: Dihukum UEFA Kibar Bendera Palestin, Penyokong Celtic Kumpul Lebih Banyak Duit Derma Palestin

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN