Tak Dapat Datang Stadium, Kanak-Kanak Ini Telefon Kelabnya Minta Maaf

Ini merupakan satu kisah menarik mengenai seorang peminat bola sepak dengan kelabnya.

Menerusi apa yang beliau lakukan, ternyata beliau amat cintakan kelabnya.

Minta maaf kepada kelab

Louis Kayes (gambar bawah) adalah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang berasal dari Moodiesburn, North Lanarkshire di Scotland.

celticbudak

Beliau merupakan peminat setia kelab yang berpengkalan di Glasgow iaitu Celtic.

Namun begitu, beliau terasa bersalah kerana telah ‘membelot’ kepada kelabnya.

Hal ini kerana, beliau tidak dapat hadir ke perlawanan melibatkan Celtic minggu lepas menentang Motherwell.

Alasan Loius tidak dapat hadir adalah kerana tarikh perlawanan itu sama dengan tarikh parti hari jadi kawannya!

Kerana rasa bersalah dengan kelab, Kayes berkeputusan untuk menelefon Celtic untuk memohon maaf.

“Takut mereka rindu saya.”

Cerita Kayes ini telah menarik perhatian BBC Radio Scotland lalu mereka menelefon ibu Kayes iaitu Lisa Kayes.

Lisa menceritakan bagaimana anaknya berjaya menelefon Celtic.

“Saya berikan kepadanya telefon saya. Ketika itu Louis berada di ruang tamu.”

“Saya terdengar ada suara dari telefon mengucapkan terima kasih kerana menelefon kelab Celtic.”

Juruhebah radio itu bertanya kepada Lisa adakah Louis ingin bercakap dengan individu-individu tertentu ketika menelefon Celtic?

“Ya. Pada mulanya Louis ingin bercakap dengan pengurus Brenda Rodgers dan kapten Scott Brown.”

“Louis ingin meminta maaf kepada mereka berdua kerana tidak dapat hadir ke perlawanan tempoh hari. Loius risau Rodgers dan Brown akan rindu padanya!”

Namun barangkali kerinduan yang ‘dialami’ Rodgers dan Brown telah terubat apabila Louis hadir juga ke stadium pada perlawanan UEFA Champions League antara Celtic dengan Borrusia Monchengladbach.

Tak pandai eja

Dalam satu insiden lain, sebuah pekerja pub di Glasgow sudah geram dengan kelab Jerman – Borrusia Monchengladbach.

Beliau mahu menulis nama kelab Jerman tersebut sebagai promosi pubnya yang bakal menyiarkan perlawanan antara Celtic dan Borrusia Monchengladbach.

Namun begitu, pekerja pub itu gagal untuk ‘Monchengladbach’ dengan betul. Barangkali sudah geram kerana asyik gagal, pekerja tersebut terus menamakan Borrusia Monchengladbach sebagai ‘A German Team’.

Insiden itu bagaimana pun telah menjadi viral ke seluruh dunia. Dan akaun rasmi Twitter Borrusia Monchengladbach versi bahasan Inggeris juga tertarik dengan insiden itu.

Oleh kerana itu, akaun rasmi Twitter Borrusia Monchengladbach versi bahasa Inggeris telah mengubah nama mereka kepada ‘A German Team’ kerana insiden terbabit.

Borrusia Monchengladbach menang 2-0 ke atas Celtic di Celtic Park. Gol-gol disumbangkan oleh Lars Stindl dan Andre Hahn.

Baca juga: 3 Tindakan Terpuji Borrusia Monchengladbach Kepada Penyokong Selepas Perlawanan UCL Tertangguh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN