Kanada kali ini berjaya naik sebanyak 6 anak tangga untuk naik ke ranking 89 dunia pada kemaskini terbaru ranking FIFA. Mereka adalah ‘best mover’ untuk kali ini.
Manakala pasukan yang jatuh teruk adalah Cameroon yang jatuh 6 anak tangga ke ranking ke-51. Palestine terus cemerlang apabila naik 2 lagi anak tangga ke kedudukan ke-73 dunia.
Ini merupaka ranking terbaik dalam sejarah mereka. Kini Palestine berkira-kira untuk berada dalam ranking 70 teratas.
Bagi kedudukan, 10 tangga teratas ranking FIFA tiada perubahan. Jerman masih lagi gah sebagai pasukan nombor 1 dunia.
Untuk Malaysia, anda masih perlu klik 4 kali ‘more’ di laman rasmi FIFA untuk melihat kedudukan Malaysia berada di ranking ke-175. Tiada perubahan berbanding dengan sebelum ini.
Untuk ranking Asia, Iran memintas Australia sebagai pasukan terbaik di Asia. Uzbezkistan turun teruk, 5 anak tangga. Jepun, Korea Selatan, dan Arab Saudi semua naik 1 anak tangga.
Filipina masih kekal sebagai pasukan no.1 di Asia Tenggara dengan kekal di tangga ke-123.
Kurangnya perlawanan antarabangsa adalah punca ranking tidak banyak pergerakan ranking melibatkan kesemua pasukan. Malaysia hanya akan turun beraksi menentang Lebanon pada 18 Mac hadapan.
Itu adalah tugasan kompetitif pertama Tan Cheng Hoe sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan.
Harap pasukan Malaysia akan memperbaiki ranking selepas minggu antarabangsa disambung semula melibatkan pasukan kita.