Menjelang aksi minggu ke-11 saingan Liga Super musim 2022 malam ini membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) yang berkunjung ke Gong Badak bagi berdepan Terengganu, pastinya ia menjanjikan suatu perlawanan menarik.
KDA yang masih segar dengan kekalahan minggu lalu di tangan Terengganu dalam pusingan kedua Piala FA 2022, pastinya mahu melakar kebangkitan dengan menewaskan Terengganu.
⚔️ Matchday!
🏆Liga Super 2022
🆚 Terengganu FC
📆 15 Julai 2022, Jumaat
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Sultan Mizan Zainal AbidinDapatkan tiket di:https://t.co/x2IsoRwGBv#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #TERKDA pic.twitter.com/JAePHp8Tv2
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 15, 2022
Perkara tersebut diakui sendiri oleh pertahanan muda berpotensi KDA iaitu Kamil Akmal apabila beliau memasang tekad untuk mencipta kebangkitan pada aksi malam ini berdepan anak-anak buah Nafuzi Zain.
Menurut Kamil, beliau menjadikan kekalahan lalu sebagai suatu pengajaran buat dirinya dan rakan sepasukan serta kembali bangkit dari rasa kecewa demi melakar kemenangan malam ini.
“Kami berazam bangkit kali ini selepas tewas pada Piala FA dan kami berhasrat beraksi dengan lebih baik berbanding apa yang kami pamerkan semasa menentang TFC pada 6 Julai lalu.
“Kekalahan lalu memang sukar ditelan, namun kami sudah ambil segala kelemahan sebagai pengajaran yang dapat kami gunakan apabila kembali bertemu TFC,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, pemain pertahanan berusia 23 tahun itu juga tidak menafikan tugas berat bakal dipikul beliau serta para pemain lain dalam usaha untuk mengekang serangan pihak lawan yang dilihat turut memburu mata untuk memintas KDA di tangga keempat Liga Super setakat ini.
KDA FC 2022 | KAMIL AKMAL
Pernah beraksi bersama skuad Kedah B19 menjuarai Piala Belia 2017, dari Wang Tepus, Jitra. Beraksi dalam skuad Piala Presiden KDA FC musim lepas, kini dalam skuad utama KDA FC bagi musim 2022
Its your time Kamil!#LevelUp#KDAFC #NewSigning #2022Season pic.twitter.com/oPwT4X3OVi
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 30, 2021
“Kedah perlukan tiga mata berharga bagi mengelak dipintas TFC yang hanya kurang satu mata dengan jumlah kurang satu perlawanan berbanding Kedah.
“Jadi sebagai pasukan pelawat sekali lagi kami perlu turun habis-habisan bagi memastikan kedudukan kami tidak dipintas oleh lawan yang mahu menambah mata.
“Saya yakin semangat kami untuk berjuang lebih tinggi pada kali ini dan saya berharap rezeki memihak kepada kami dengan segala persiapan yang telah kami lalukan sebelum bertolak ke Terengganu,” katanya.
Untuk rekod, daripada lapan pertemuan membabitkan kedua pasukan ini, KDA hanya mencatat tiga kemenangan berbanding Terengganu menerusi empat kemenangan dilakar.
Dari segi jaringan pula, kedua pasukan ini terikat dengan 14 gol terhasil sepanjang lapan pertemuan tersebut sebelum ini.
⚔ Rekod pertemuan menentang Terengganu FC
KDA FC sekali lagi akan berdepan pasukan Terengganu FC selepas perlawanan Piala FA pusingan ke-2 tempoh hari. Kali ini Sang Kenari datang dengan misi mengutip 3 mata di tempat lawan dalam saingan Liga Super 2022! #Revenge pic.twitter.com/VVK3P0vOxm
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 13, 2022
Pada perlawanan lalu dalam pusingan kedua Piala FA, KDA dikecewakan oleh Terengganu menerusi gol tunggal di separuh masa pertama hasil jaringan Faiz Nasir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.