“Kami Terpaksa Guna” – Penaja Terengganu Beri Penjelasan Pakai Bas Pasukan Untuk Program Politik

Baru-baru ini tular di media sosial apabila bas rasmi Terengganu telah dilihat berada dalam satu perhimpunan politik dengan kelibat orang awam menggunakannya.

Perkara tersebut jelas mendapat reaksi yang kurang senang dalam kalangan para penyokong yang melihat perkara tersebut sebagai memalukan nama pasukan.

https://twitter.com/haziq_escobar/status/1563520989199142912?s=21&t=1IpGuouKf80BG1HYvnJKLQ

Semalam, laman rasmi Terengganu akhirnya mengeluarkan satu kenyataan khas di Facebook untuk menjelaskan perkara sebenar kepada para penyokong.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan mengakui mereka sudah pun menerima penjelasan daripada syarikat bas tersebut iaitu Zamas Holidays Sdn Bhd berkenaan perkara tersebut.

Jelas pihak Zamas Holidays yang juga merupakan penaja bas rasmi Terengganu, perkara tersebut dilihat sebagai salah faham antara pihak mereka berkenaan isu bas sewaan dan bas rasmi pasukan.

Salah faham tersebut terjadi apabila mereka menggunakan bas rasmi pasukan untuk tujuan lain, walaupun sebelum itu sudah diterangkan ia hanya boleh digunakan setelah musim bola sepak tamat menerusi persetujuan tertentu daripada pengurusan kelab.

Persetujuan itu juga perlu diperhalusi dari pelbagai jenis aspek kerana bas yang ingin disewa tersebut membawa imej kelab selain kerjasama antara kelab dan syarikat tajaan masih lagi berlangsung.

Untuk isu yang tular baru-baru ini, pihak pengurusan Terengganu telah pun menerima maklum balas daripada syarikat tajaan tersebut yang menyatakan bas rasmi pasukan tidak ada dalam senarai untuk disewa.

Namun, salah faham mula berlaku apabila salah satu yang hendak disewa telah mengalami kerosakan dan memaksa penggantian segera perlu dibuat oleh syarikat.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pekerja telah pun membuat kesilapan ketika itu dengan menggantikan bas rosak tersebut kepada kenderaan rasmi Terengganu kerana dilihat secara kebetulan tidak digunakan.

Disebabkan itu, syarikat penaja tersebut telah pun memberi surat permohonan maaf kepada pihak pengurusan Terengganu, sambil menyatakan perkara tersebut tidak akan lagi berulang pada masa akan datang.

Terengganu jelas memuji tindakan pantas yang dibuat oleh syarikat tersebut kerana menangani isu ini dengan baik dan tidak akan mengambil lebih serius mengani perkara ini, memandangkan hubungan mereka sudah lama terjalin.

Kredit: Pemilik foto

Pada masa sama, pihak pengurusan Terengganu juga memohon maaf akan insiden yang sudah berlaku ini sambil menyatakan mereka akan lebih berusaha untuk meningkatkan imej pasukan.

Sumber:
Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN