“Kami Tak Diberi Peluang & Ruang Untuk Berbincang” – Pengerusi Perak

Pengerusi Perak iaitu Dato’ Seri Abdul Azim bin Mohd Zabidi tampil dengan perasaan cukup kesal ekoran penangguhan aksi membabitkan pasukan beliau bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Rekod sebelum ini menyaksikan pertemuan antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya berlangsung sejak bulan Ogos lalu lagi sebelum ia terpaksa ditunda ekoran hujan lebat di Ipoh.

Situasi sama sekali lagi berulang semalam pada aksi semalam dengan hujan yang turun menyebabkan keadaan padang tampil berlecak serta memboleh situasi berbahaya berlaku kepada para pemain kedua pasukan.

Disebabkan itu, ia terpaksa ditunda dan tarikh baharu bakal dikeluarkan semula oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada masa akan datang.

Tampil memberi kenyataan, Azim mengakui mereka langsung tidak diberi sebarang peluang untuk meluahkan pandangan mengenai penangguhan yang dibuat itu walau ia berlangsung di laman sendiri.

“Perak FC prihatin dan berkongsi kekecewaan yang diluahkan penyokongnya serta komuniti bola sepak atas penangguhan perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) malam tadi yang didakwa disebabkan oleh cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak sesuai untuk penganjuran perlawanan.

“Perak FC ingin menjelaskan bahawa kami tidak diberi peluang dan ruang untuk berbincang atau memberikan pandangan sepanjang proses membuat keputusan ini.

“Perak FC sebagai sebahagian daripada pemegang taruh Liga Malaysia (Liga-M) sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk penilaian kesesuaian venue perlawanan.

“Stadium Perak, Ipoh telah dinilai dan diluluskan penggunaannya sebelum musim Liga-M 2024/25 bermula serta sebelum perlawanan yang dijadualkan semalam.

“Kami mengakui dan sentiasa menyokong keperluan untuk penambahbaikan pada padang di stadium tersebut. Walaupun stadium ini tidak diuruskan secara langsung oleh Perak FC.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) atas usaha mereka yang berterusan untuk menaik taraf padang dan aspek lain di stadium ini.

“Seperti yang sedia maklum, Perak FC akan bermain di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Manjung bagi baki musim 2024/2025 kerana kerja-kerja penaiktarafan padang Stadium Perak,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, Azim mengakui turut kecewa selepas pihak tuan rumah langsung tidak diberi sebarang notis awal daripada pihak MFL mengenai perkara tersebut.

“Kami juga kecewa kerana tiada perancangan rapi dan notis awal dari pihak MFL berhubung perkara ini.

“Lebih 10,000 penyokong baik dari pihak tuan rumah mahupun pelawat telah hadir dengan perbelanjaan sendiri untuk menyaksikan perlawanan yang sangat dinanti-nantikan ini dan sehingga jam 6.00 petang, pemeriksaan menunjukkan bahawa perlawanan tidak akan dibatalkan.

“Pihak kami ingin menekankan bahawa kurangnya pertimbangan terhadap para penyokong kedua-dua pasukan Perak FC dan JDT yang hadir ke stadium adalah isu utama dalam hal ini.

“Pihak MFL perlu lebih prihatin, konsisten dan praktikal dengan mengambil kira serta menjaga kepentingan semua pemegang taruh, khususnya para penyokong.

“Perak FC ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan kepada pihak MFL bahawa penyokong adalah nadi kepada sukan ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong pasukan Perak FC atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kami berharap agar pihak MFL akan mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan lebih terancang pada masa hadapan bagi mengelakkan keadaan seperti ini berulang lagi,” jelas beliau akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN