“Kami Sudah Biasa Dengan Caranya”- Fayadh Anggap Victor Andrag Mampu Naikkan Kembali Nama Kedah

Saingan Piala Malaysia musim 2022 bakal membuka tirai tidak lama sahaja lagi dengan debaran pastinya sudah dirasai dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Salah satu pasukan yang bakal mencuri tumpuan untuk kejohanan tersebut ialah Kedah Darul Aman (KDA), yang tampil dengan reputasi agak baik dalam saingan Piala Malaysia sejak beberapa musim.

Walaupun tampil dengan prestasi yang tidak begitu konsisten dalam saingan Liga Super, pasukan tersebut kini bakal tampil dengan serba baharu menerusi jurulatih interim mereka, Victor Andrag.

Victor mengambil posisi yang telah ditinggalkan oleh Aidil Sharin Sahak, setelah pengendali dari Singapura itu sah tidak akan bersama KDA lagi untuk aksi Piala Malaysia.

Menurut pemain serangan lincah KDA iaitu Fayadh Zulkifli, beliau antara yang melaungkan keyakinan mengenai ketua jurulatih pasukan itu untuk tampil lebih baik.

Fayadh jelas percaya Victor mampu menaikkan kembali KDA untuk saingan Piala Malaysia ini sekali gus mengembalikan keyakinan para peminat untuk memberi sokongan.

Jelas pemain berusia 24 tabun itu, nama Victor bukan lagi sesuatu yang asing dalam bola sepak di Negeri Kedah apabila reputasi beliau dalam kejurulatihan juga sangat baik selain menjadi antara pemain legenda pada suatu ketika.

Rekod beliau sebelum ini juga agak bagus apabila Victor antara individu yang bertanggungjawab dalam menaikkan bakat-bakat baharu sepanjang membimbing skuad Piala Presiden pada tahun 2014 hingga 2018.

“Keserasian antara kami sudah terjalin lama terutama saya, Fadzrul Danel dan Loqman Hakim yang sudah berada dalam skuad remaja bimbingannya sejak kami dalam pasukan Piala Presiden lagi.

“Jadi, ada dalam kalangan kami yang sudah faham dan cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan.

“Kami sudah biasa dengan caranya tambahan pula beliau juga berada dalam pasukan bersama-sama Aidil (Sharin Sahak) sejak 2019 lagi dan isu keserasian sebagai pengendali utama menggantikan Aidil tidak menjadi masalah buat kami,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Fayadh juga berharap agar KDA mampu untuk kembali bangkit daripada rasa kecewa yang telah dilalui sewaktu dalam saingan Liga Super sebelum ini.

“Mungkin ada dalam kalangan pemain yang risau dan terkesan ketiadaan Aidil yang tidak lagi bersama pasukan, namun kami perlu bersikap positif, profesional dan memandang ke depan.

“Piala Malaysia menjadi peluang terakhir untuk kami bangkit dan menunjukkan kemampuan sebenar kami,” katanya menjelang aksi menentang Negeri Sembilan, Rabu depan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN