“Kami Semakin Baik Daripada Setiap Perlawanan Dihadapi” – Tomas Trucha

Tomas Trucha selaku pengendali utama Penang melaungkan keyakinan dengan percaya akan barisan para pemain kendaliannya tetap mampu memberi saingan sengit menjelang pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) tidak lama lagi meskipun kehilangan dua tonggak akibat penggantungan pada aksi awal Liga Super musim ini.

Jelas beliau, moral skuad Harimau Kumbang setakat ini langsung tidak terjejas biarpun bakal beraksi tanpa kelibat dua import iaitu Casagrande dan Endrik Dos Santos yang digantung akibat insiden pergaduhan di Kuala Terengganu baru-baru ini dalam aksi pramusim.

“Sejak Disember tahun lalu kami berusaha mencari keserasian antara pemain. Minggu lalu selepas pasukan ini lengkap, kami berusaha untuk mengatasi ketiadaan dua tonggak utama itu yang mana ini adalah sebahagian dari cabaran perlu kami hadapi.

“Kami memerlukan pemain yang dapat menggalas tugas gantian itu dan saya harap mereka mampu melakukannya.Kami memilki 27 pemain dan empat penjaga gol.

“Jadi semua pemain perlu bersedia dan segala kemungkinan boleh berlaku. Kita boleh lihat kami juga pernah mengalami perkara di mana pemain utama kami tak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan pada musim lalu,” katanya selepas aksi pramusim menentang Kedah Darul Aman FC yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman di sini, semalam menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Trucha juga memberi pendapat mengenai pasukan kendaliannya sedang membina sesuatu yang berbeza pada musim ini dan ingin tampil dengan lebih berkeyakinan selepas membawa masuk ramai pemain-pemain baru dan lebih berpengalaman.

“Saya boleh lihat kami semakin menunjukkan kemampuan yang baik dari satu perlawanan ke perlawanan lain melalui aksi pramusim.

“Ini adalah perlawanan persahabatan terakhir dan persiapan yang baik buat kami sebelum memulakan liga. Cuma kami perlu meningkatkan lagi tahap persefahaman sebelum liga bermula,” katanya.

Untuk aksi pertama Liga Super, Penang bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor untuk bertemu juara Piala Sumbangsih 2022, Johor Darul Takzim (JDT), dan seterusnya bakal kembali di Stadium Bandaraya pada 8 Mac untuk aksi kedua liga menentang Melaka United.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN