“Kami Pun Runsing” – Tuchel Akui Kem Chelsea Terganggu Dengan Konflik Rusia-Ukraine

Thomas Tuchel Chelsea Rusia

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui beliau faham mengenai kritikan banyak pihak terhadap pasukannya berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

Selepas tentera Rusia mula memasuki sempadan Ukraine pada Selasa, Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Chris Bryant mendesak agar aset pemilik Chelsea, Roman Abramovich di United Kingdom (UK) dibekukan.

Jutawan Rusia itu turut dipersoalkan mengenai kedudukannya selaku pemilk kelab bola sepak. Dilaporkan terdapat satu dokumen sulit kerajaan yang mencadangkan agar Abramovich dilarang dari terus berpangkalan di UK.

Menjelang perlawanan akhir Piala Carabao menentang Liverpoool pada Ahad, Tuchel dalam sidang media menjelaskan situasi di Ukraine sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada fokus pasukannya.

“Kita tak boleh nak berpura-pura mengatakan ini bukan satu isu. Situasi untuk semua orang di sini cukup merunsingkan. Tiada siapa yang menjangkakan perkara [peperangan] ini akan berlaku, ia amat sukar dipercayai,” ujar jurulatih warga Jerman tersebut.

“Ia mengganggu fikiran kami dan keterujaan kami ke final. Ia membawa kepada kekacauan, lebih-lebih lagi kepada semua pihak yang terlibat dengan kami. Kami hanya mampu berdoa untuk mereka.

“Masih banyak perkara yang tidak pasti mengenai situasi kelab kami. Di UK dengan senario seperti ini, mungkin tak sesuai jika saya mengulas mengenainya. Kami sedar mungkin kami tidak mendapat banyak maklumat dalaman mengenai situasi sebenar.

“Tapi pada akhirnya, saya fikir adalah lebih baik untuk semua ahli pasukan dan staf kelab untuk tidak bersikap politikal, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada sukan. Bukan kerana kami cuba mengelak, tetapi keadaan ketika ini jelas, ia amat mengerikan, tak dinafikan.”

Chelsea kini sedang memburu kejuaraan ketiga mereka pada musim ini susulan dari kejayaan mereka menjulang kejuaraan Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia pada bulan lalu.

Tuchel kini berharap pemainnya tidak dibebankan dengan konflik yang berlaku di Eropah Timur tersebut meskipun mengakui setiap individu perlu cakna dengan apa yang berlaku.

“Saya lebih suka untuk menggunakan hak saya untuk tidak memberikan terlalu banyak komen mengenai perkara ini sehinggalah ada keputusan yang dibuat. Ia amat mengganggu dan membimbangkan kami,” tambahnya lagi.

“Sehingga satu tahap, saya boleh faham ada pendapat yang kritikal terhadap kelab ini yang kami wakili ini. Kami tak boleh nak mengelak daripadanya.

“Tetapi mungkin orang ramai boleh faham, saya sebagai pengurus, pemain sebagai pemain. Kami tak boleh beri pandangan tengan apa yang sedang berlaku dan sejauh mana pemilik kelab terlibat dalam semua ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN