“Kami Perlu Ucap Terima Kasih Kepada Bos” – Bergson da Silva

Penyerang import berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva tampil memberi penghargaan penuh buat pemilik kelab, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas mereka meraih kejayaan Piala FA 2024/2025.

JDT sebelum itu mencipta rekod membanggakan apabila mereka menjadi satu-satunya kelab yang meraih kejayaan buat kali ketiga berturut-turut di pentas Piala FA untuk menjadi kebanggaan para peminat pasukan tersebut.

Walaupun pada awalnya skuad Harimau Selatan dijangka bakal menerima tentangan sengit daripada Selangor, nyata JDT tampil lebih unggul di segenap posisi.

Pasukan tersebut berjaya meraih kemenangan 6-1 ketika aksi berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dengan Bergson turut menjadi salah seorang penjaring gol.

Tampil selaku pemain kesebelasan utama, jelas Bergson berjaya mengkucar kacirkan pertahanan The Red Giants menerusi kelincahan serta ketajamannya sendiri di hadapan gawang gol.

Jelas beliau, barisan pemain JDT sentiasa dahagakan kejayaan serta membuat persiapan sangat rapi untuk mengharungi aksi final tersebut berdepan cabaran Selangor.

Malah, persiapan rapi tersebut turut dibuat demi menghargai para penyokong yang sentiasa menjadi salah satu sumber kekuatan mereka selama ini di atas padang.

“Kami membuat persediaan yang banyak untuk perlawanan ini (menentang Selangor dalam final Piala FA). Semua perlawanan akhir, kami buat seperti ini. Kami buat persediaan dan tunjukkan karakter sebenar kami.

“Kami perlu ucapkan terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) untuk terus menekan dan membangun dalam momen-momen penting pada musim ini.

“Kami tidak boleh duduk berehat dalam kelab ini dan tidak boleh berpuas hati dengan satu-satu kejayaan. Kami perlu sentiasa dahagakan (kejayaan),” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Musim ini menyaksikan Bergson meneruskan rentak beliau selaku mesin gol buat Harimau Selatan di pentas Liga Malaysia (Liga M) selepas pemain dari Brazil itu sudah pun meledak 12 gol secara keseluruhan daripada 11 perlawanan di pentas domestik.

Untuk saingan Piala FA sahaja, Bergson telah pun menjaringkan tiga gol bersama satu bantuan jaringan untuk membuktikan dirinya kekal berbisa selaku salah seorang penyerang import.

Menerusi kejayaan tersebut, sudah tentu Bergson kini tampil lebih bersemangat untuk membantu JDT meraih lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang.

Sumber:
Utusan Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN