Sri Pahang jelas antara pasukan yang berada dalam tekanan tinggi apabila masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam aksi saingan Liga Super musim 2022 setakat ini.
Aksi pertemuan menentang Penang perlu diberi perhatian serius buat Pahang kerana lawan juga pastinya terdesak untuk memburu tiga mata pertama mereka musim ini dengan masing-masing mahu menoktahkan kemenangan pada perlawanan tersebut.
Menurut pemain tengah baharu Pahang iaitu David Rowley, beliau melihat aksi pertemuan kedua pasukan ini di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini sebagai sangat sengit.
Menurut beliau, sehingga kini Rowley dan rakan sepasukan yang lain berada dalam momentum terbaik dalam usaha mereka untuk merekodkan kemenangan sulung buat Sri Pahang.
It ends in defeat for SPFC.#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia#HantaranTepat #PosxMFL #PosMalaysia pic.twitter.com/OadvrXMmt7
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 16, 2022
“Kedua-dua pasukan dalam situasi terdesak bagi mencari kemenangan pertama pada musim ini dan saya jangkakan aksi sengit bakal terjadi di Darul Makmur.
“Saya masih menghormati Penang FC, yang merupakan bekas pasukan saya pada musim lalu dan mereka masih pasukan yang baik.
“Tomas Trucha adalah antara jurulatih terbaik yang saya kenali dan biarpun dengan bajet kecil, beliau masih mampu membawa pasukan dengan baik sejak musim lalu.
“Namun, Sri Pahang juga dahagakan tiga mata dan kami mahu bangkit setelah tidak bernasib baik dalam beberapa perlawanan yang lalu, jika menang, saya percaya ia mampu menjadi titik kebangkitan pasukan dalam pentas Liga Super,” katanya menerusi MFL.
Untuk rekod, Sri Pahang setakat ini berada di kedudukan kedua terakhir carta Liga Super dengan hanya satu mata diraih daripada tiga perlawanan dihadapi mereka.
Manakala lawan mereka iaitu Penang, kini berada di posisi kesembilan liga setelah mengharungi lima perlawanan dan seri tiga daripadanya.
Pahang merekodkan kekalahan dalam aksi terakhir mereka sebelum ini pada 16 April di tangan Melaka United dengan keputusan 1-2 di Stadium Darul Makmur.
Rowley antara pemain yang mempunyai banyak pengalaman beraksi di pelbagai kelab dalam Liga Malaysia seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, dan Penang musim lalu sebelum menyertai Sri Pahang.
Welcome David Rowley! pic.twitter.com/FrdRlm1vPK
— Official_KedahFA (@official_kfa) May 23, 2019
Menurut beliau, sepanjang bersama Pahang nyata tugas pemain ini sedikit berbeza jika dibandingkan ketika aksi beliau bersama Penang dan pasukan lain musim sebelumnya.
“Jurulatih, Gamel banyak menekankan saya untuk fokus pada aspek bertahan di bahagian tengah dan tidak terlalu naik ke atas semasa kami menyerang.
“Ini satu tugas baru bersama Sri Pahang untuk musim ini dan saya perlu mengikut apa jua arahan disampaikan jurulatih.
“Namun, saya masih boleh juga membantu pasukan pada situasi sepakan penjuru cuma tuah untuk lakukan jaringan belum lagi hadir,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!