“Kami Harus Profesional”- Mario Arques Enggan Ulas Kemelut Dalaman Bola Sepak Kelantan

Kelantan TRW kini boleh dikatakan berada dalam situasi yang getir, selepas isu pemecatan jurulatih mereka iaitu Choi Moon-sik, sehingga ianya akan dibawa kepada pengadilan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kemelut yang melanda tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan imej pasukan tersebut serta memaksa pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman untuk memberi penjelasan juga kepada umum.

Menerusi isu tersebut yang semakin panas, para pemain Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum menerusi media sosial atau wartawan.

Salah seorang pemain mereka iaitu Mario Arques mengetahui mengenai kemelut tersebut yang semakin meruncing membabitkan pasukan diwakilinya serta bersama ejen jurulatih Korea Selatan tersebut.

Namun, beliau mengambil pendekatan untuk menjadi lebih profesional dengan tidak mahu memberi sebarang ulasan atau cuba masuk campur bagi mengelakkan situasi menjadi semakin buruk.

Jelas Arques, apa yang perlu dilakukan para pemain ketika ini ialah menjadi lebih profesional dan memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan pasukan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

“Semua tahu situasi di luar padang, tetapi kami harus profesional, kami perlu berikan 100 peratus dalam setiap perlawanan,” katanya menerusi Harian Metro.

Sebelum itu, ejen jurulatih tersebut iaitu Myeong Jeong telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat mengejutkan, selepas Choi secara rasminya tidak lagi mengendalikan Kelantan.

Laporan semasa menyatakan Jeong akan mengambil tindakan undang-undang dan merujuk kepada FIFA supaya nasib Choi dapat diadili dengan baik kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Kelantan.

Pada masa sama, Arques turut mengakui nasib belum menyebelahi pasukannya dalam keputusan perlawanan, walaupun mereka telah memberikan segalanya di atas padang.

“Satu perkara boleh saya katakan, sebagai kapten saya bangga dengan pasukan ini, kami sudah berikan 100 peratus.

“Tetapi, fizikal kami tidak cukup kuat dan saya mahu yakinkan penyokong kami akan bangkit semula selepas ini,” katanya.

Kedudukan semasa liga menyaksikan Kelantan berada di tangga ke-13 menerusi satu kemenangan sahaja mampu diraih daripada lapan perlawanan untuk mengumpul empat mata keseluruhan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN