“Kami Cuba Elak Buat Silap” – Aidil Sharin Akui Sri Pahang Lebih Baik Dari Persediaan Fizikal

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Aidil Sharin Sahak selaku pengendali Kerah Darul Aman nyata sangat lega dengan keputusan semalam apabila skuadnya berjaya menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 1-0 di Stadium Darul Aman.

Walaupun hanya satu gol terhasil semalam menerusi pemain pertahanan iaitu Rodney Calvin, Aidil nyata tetap memuji barisan para pemain yang berjaya memberi komitmen sepenuhnya untuk mereka terus selesa menggapai tiga kemenangan berturut-turut musim ini dalam saingan Liga Super.

“Ini satu perlawanan yang tidak mudah buat kami dalam memulakan kembali aksi terutama memasuki bulan puasa ini yang mana pemain sedang menyesuaikan diri, namun kami berjaya memanfaatkan peluang hasil dari sepakan bola mati yang akhirnya menghasilkan gol.

“Sri Pahang hadir dengan beberapa pemain yang berfizikal lebih tinggi daripada kami dan bagi mengatasi masalah perbezaan itu, kami cuba mengelak melakukan kesilapan di kawasan sendiri dan paling penting kami mengawal permainan dengan lebih berdisiplin.

“Saya menghargai usaha ditunjukkan pemain saya melalui kerja keras sepanjang perlawanan, meskipun mencapai kemenangan, saya berharap kami dapat terus memperbaiki setiap kelemahan,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, pengendali Sri Pahang iaitu Christophe Gamel pula menyifatkan barisan pemainnya sebagai sangat kental dan tidak mengalah sehingga wisel penamat dibunyikan sambil memuji kesungguhan yang ditampilkan anak buahnya.

“Kami harus melupakan perlawanan pertama yang sukar di sini dan kembalikan semula tahap kecergasan kami pada tahap terbaik bagi meneruskan aksi menentang PJ City FC selepas ini,” katanya.

Dalam perlawanan semalam, kedua pasukan saling berbalas serangan dengan masing-masing tidak berputus asa untuk mencari gol perlawanan.

Kedah yang tampil dengan hanya tiga pemain import dalam kesebelasan utama mereka nyata tidak berdepan masalah untuk mengimbangi pasukan pelawat, Sri Pahang yang dilihat menurunkan barisan pemain terbaik.

Gol tunggal perlawanan terhasil menerusi Rodney Calvin pada separuh masa kedua setelah pertahanan itu terus menolak masuk bola yang tidak ditangkap kemas oleh penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa untuk mengesahkan kemenangan ketiga Kedah.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN