“Kami Bersama Komuniti Yahudi Di London” – Chelsea Bersedih Dengan Serangan Ke Atas Israel

Kelab bola sepak Chelsea menjadi antara pasukan pertama di dunia yang memberi sokongan padu kepada Israel secara terang-terangan.

Tanpa berselindung, Chelsea tampil menyatakan sokongan mereka kepada Israel dan turut menyampaikan simpati mereka ke atas rakyat negara tersebut.

Seperti semua sedia maklum, Israel sebelum ini sememangnya sering melancarkan serangan ke atas Palestin dan kebiasaannya mereka menyerang orang awam.

Kali ini, mereka turut telah diserang balik dan ia menyebabkan berlakunya situasi berbalas serangan buat kedua pihak tersebut.

Premier League telah mengeluarkan satu kenyataan berkait insiden tersebut, dengan mereka tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menghentam keganasan yang berlaku.

“Premier League sangat terkejut dan berduka dengan krisis yang semakin memuncak di Israel dan Gaza, dan kami sekerasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang mengerikan terhadap orang awam yang tidak berdosa.”

“Kami mengharapkan keamanan, dan setulusnya simpati kami untuk mangsa, keluarga mereka dan komuniti yang terjejas.”

“Sebagai tanda penghormatan kepada semua yang terjejas, para pemain dari saingan Premier League, pengurus dan pengadil perlawanan akan memakai armband warna hitam dan turut akan memberikan penghormatan ketika aksi perlawanan pada Ahad, 21 Oktober hingga Isnin, 23 Oktober.”

“Liga juga akan mengutip derma untuk British Red Cross untuk menyokong bantuan perubatan dan membantu semuanya yang memerlukan.”

Akaun media sosial Chelsea kemudiannya berkongsi muat naik dari Premier League itu dengan mereka tampil menyatakan sokongan penuh kepada Israel terutama bangsa yahudi.

“Chelsea FC berasa amat sedih atas kehilangan banyak nyawa ekoran dari serangan ke atas Israel hujung minggu lalu. Kami berdiri teguh bersama komuniti yahudi di London dan di seluruh dunia dalam menghadapi gelombang antisemitisme yang semakin memuncak, dan yang sudah lama kami perjuangkan.”

“Kami akan menyertai kelab Premier League lain dalam memperingati semua nyawa orang tak berdosa di Israel dan Gaza dalam beberapa hari lagi di Stamford Bridge ketika kami beraksi bertemu Arsenal.”

Kenyataan dari Chelsea itu mendapat perhatian peminat dan rata-rata dari mereka mempersoalkan tentang tindakan kelab dari London itu.

Penyokong The Blues sendiri sepertinya sangat kecewa melihat kenyataan dari kelab kesayangan mereka itu dan ada antara mereka yang bertindak mahu berhenti dari menjadi penyokong kelab tersebut.

Peminat mempertikaikan di mana semangat kemanusiaan Chelsea ketika melihat Ukraine diserang oleh Rusia? Mengapa kali ini mereka memihak kepada negara yang menyerang negara lain?

Sebelum ini, bintang Arsenal, Zinchenko turut berdepan kecaman dari penyokong kerana beliau secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Israel.

Peminat semakin bengang selepas melihat Zinchenko tidak dikenakan sebarang tindakan atau tidak diberi amaran oleh Arsenal atas hal tersebut.

Zinchenko kemudiannya terus memadam muat naik tersebut dan memprivasikan akaun Instagram miliknya.

Mungkin menurut beliau tindakannya itu akan mendapat sokongan ramai, namun ketika melihat sebaliknya berlaku beliau memilih untuk terus mendiamkan diri.

Sebelum ini, Mesut Ozil pernah melakukan hal sama dengan bekas bintang Jerman itu menyatakan sokongan kepada umat Islam di Uighur.

Walau bagaimanapun, tindakan kemanusiaan dari Ozil itu menyebabkan beliau telah diberi amaran oleh pihak kelab dan turut diketepikan terus dari skuad.

Jelas sekali peminat tidak berpuas hati melihat sikap pilih kasih dan berat sebelah seperti yang berlaku sekarang dan wajar untuk peminat merasakan hal tersebut.

Apa pendapat semua tentang tindakan Chelsea? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN