“Kami Bermain Untuk Menang” – Christophe Gamel Akui Terengganu Lawan Yang Kuat

Sri Pahang bakal melalui perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Super musim 2022 pada hari Sabtu ini di Stadium Darul Makmur dengan Terengganu menjadi lawan pertama skuad tersebut.

Pengendali baharu Sri Pahang, Christophe Gamel nyata optimis dengan anak-anak buahnya untuk perlawanan pertama ini dan dilihat bersedia untuk menghadapi pasukan pelawat.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Fiji tersebut menyatakan, beliau sudah pun mempersiapkan segalanya buat pasukan dan menyuarakan keyakinan mengenai anak buahnya mampu untuk menyekat Terengganu dari membawa pulang sebarang mata.

“Sudah tentu kami bermain untuk menang tetapi dalam apa yang dilakukan, saya harus realistik selepas skuad ini berdepan kes Covid-19 dan keadaan cuaca tidak menentu iaitu hujan hingga menjejaskan sesi latihan.

“Pada masa sama, skuad ini dibarisi sebahagian besar pemain baharu termasuk import yang masih dalam proses pembentukan pasukan.

“Oleh itu peminat Sri Pahang perlu bersabar dan diharapkan semua pemain dapat mempertingkatkan prestasi mereka dengan konsisten dan berterusan pada perlawanan demi perlawanan.

“Namun, apa yang pasti kami akan memberikan yang terbaik dalam menghadapi saingan liga musim ini,” kata jurulatih berumur 50 tahun itu menerusi Harian Metro.

Ketika ditanya mengenai komitmen yang mampu diberikan oleh barisan pemain, pengendali berasal dari Perancis itu percaya skuad kendaliannya mampu beri yang terbaik untuk perlawanan pertama ini berdasarkan modul latihan dan siri perlawanan persahabatan yang sudah dibuat sejak dua bulan lalu.

Walaupun begitu, Gamel tetap mengakui pasukan pelawat mempunyai barisan pemain yang sangat hebat dan para pemain kendalian beliau perlu memberi fokus sepenuhnya dalam menyekat lawan untuk mencipta sebarang peluang.

“Bagi saya TFC adalah sebuah yang kuat dan akan memberi cabaran kepada Sri Pahang tetapi bermain di tempat sendiri diharap membantu melakar kemenangan,” katanya.

Musim ini Gamel diberi mandat untuk menjadi pengendali utama Sri Pahang dalam misi untuk mengubah kembali skuad tersebut kembali digeruni dalam negara setelah menggantikan khidmat Dollah Salleh yang menjadi jurulatih pasukan berkenaan musim lalu.

Selain itu, skuad ini berjaya mengikat empat pemain import baharu untuk memperkukuhkan  setiap posisi iaitu Mahmoud Za’tara, Johan Martial, Mamadou Samassa, dan bintang Laos, Billy Ketkeophomphone.

Pemain dari Argentina musim lalu, Manuel Hidalgo satu-satunya pemain musim lalu yang dikekalkan pada musim ini setelah memberi impak yang sangat positif bersama Sri Pahang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN