Johor Darul Ta’zim akan kembali menyambung aksi dalam saingan Liga Super musim 2022 setelah ketinggalan beberapa perlawanan disebabkan oleh kejohanan ACL peringkat Kumpulan I baru-baru ini.
Tampil dengan cemerlang sepanjang kejohanan tersebut sehingga meraih gelaran juara kumpulan, JDT pastinya kini berada dalam momentum terbaik untuk berdepan lawan mereka malam esok.
Namun begitu, Benjamin Mora tetap mahu para pemainnya berwaspada dengan kelibat lawan mereka iaitu Negeri Sembilan dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Some snaps from this morning's session before travelling to Paroi.
More photos at https://t.co/0ZkrgcQG1K#JDT#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/5PDPjXJP0T
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 10, 2022
Menurut beliau, kejayaan beraksi dengan baik di ACL baru-baru ini tidak boleh diambil mudah buat barisan pemainnya yang bakal berdepan tuan rumah di hadapan ribuan para penyokong sendiri.
Mora sendiri juga mengakui dirinya tetap menghormati Negeri Sembilan yang beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini sehingga melonjakkan diri di persada liga walaupun masih baru dalam saingan Liga Super.
Tambah beliau, ketika ini barisan pemain berada dalam semangat baharu setelah menempuhi banyak halangan berliku sepanjang kempen ACL sebelum ini dan berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
“Kami akan turun seperti biasa dan berusaha memburu kemenangan bagi melonjak kembali ke tangga teratas tapi tetap berhati-hati dengan penampilan corak permainan pasukan lawan yang pasti akan turun habis-habisan memburu kemenangan di laman mereka sendiri.
“Status Natxo (Insa) belum pasti lagi sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya selepas mengalami kecederaan ketika menentang Ulsan Hyundai pada aksi terakhir Kumpulan I, baru-baru ini tapi kami ada pengganti yang mampu galas tugas di posisi tengah,” katanya menerusi Harian Metro.
Dalam masa sama, Mora juga berharap agar pemain serangannya iaitu Bergson Da Silva serta Fernando Forestieri mampu menggalas tugas dengan baik untuk menggempur pertahanan Negeri Sembilan yang dianggap berada dalam prestasi terbaik ketika ini dalam enam perlawanan liga.
Mora juga melihat aksi Herold Goulon sebagai sesuatu yang harus diawasi setelah pertahanan bertubuh tegap itu sudah pun meledak lima gol setakat ini dan pengendali tersebut menganggap pemain tersebut wajar dirantai.
Misi mempertahankan Paroi!
Negeri Sembilan FC bakal melayani kunjungan Johor Darul Ta'zim pada Rabu ini, jam 9 malam.
Tiket perlawanan secara atas talian telah mula dijual. Anda boleh membeli di https://t.co/4CxewXDFRg. pic.twitter.com/fEAYFYyaUB
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 8, 2022
“Kita baru mengharungi empat aksi liga dan semestinya mahu kembali mempamerkan corak permainan konsisten untuk kembali berada di puncak liga malah akan menurunkan kesebelasan terbaik apabila berdepan NSFC selepas kesemua pemain mendapat rehat yang mencukupi,” kata Mora.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!