“Kami Akan Cari Calon Terbaik” – Pan Gon Belum Umum Siapa Pembantu Jurulatih Tempatan

Sehingga kini teka teki masih berlegar dalam kalangan para peminat bola sepak tempatan apabila pembantu jurulatih tempatan yang bakal bersama pengendali baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon belum diumumkan lagi.

Jelas Pan Gon, pengumuman bakal dibuat tidak lama lagi sebaik sahaja misi pencarian pembantu beliau telah selesai bagi calon terbaik mengisi kerusi panas tersebut.

“Saya telah menerima beberapa ‘CV’ (kurikulum vitae) yang telah saya lihat dan mungkin akan cuba untuk bertemu dengan mereka sendiri.

“Saya akan membincangkannya bersama pengarah teknikal Scott O’Donel, jadi kami akan mencari calon terbaik untuk itu,” katanya kepada media pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya bulan lepas menerusi Bernama.

Pengendali berusia 52 tahun itu juga bersikap realistik ketika ditanya mengenai projek naturalisasi apabila beliau menjelaskan Malaysia tidak hanya perlu bergantung kepada individu pemain, tidak kira latar belakang daripada naturalisasi, warisan atau tempatan, kerana bola sepak merupakan sukan yang bermain dalam satu unit untuk saling membantu antara satu sama lain.

“Saya tidak kisah sama ada anda pemain tempatan, natularisasi atau warisan, tetapi saya hanya akan ambil yang terbaik untuk pasukan saya,” katanya.

Bekas pengendali Hong Kong ini juga bakal belajar mengenai budaya Malaysia sebagai tanda memberi hormat kepada negara yang beliau berkhidmat selain mengambil lebih masa untuk belajar mengenai gaya bola sepak negara.

“Saya mahu makan makanan Malaysia juga dan cuba untuk belajar budaya Malaysia kerana pada saya ke mana saya pergi, saya hormati orang tempatan. Saya perlukan kerjasama yang baik dengan bola sepak tempatan dan dengan cara itu, saya boleh berjaya,” katanya.

Pan Gon dilantik selaku pengendali baharu skuad Harimau Malaya bagi menggantikan khidmat ketua jurulatih terdahulu, Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan setelah mengambil sikap bertanggungjawab bagi kegagalan Malaysia dalam saingan Piala AFF 2020 pada di Disember lalu di Singapura.

Pengendali baharu ini bakal memulakan tugas pertama untuk melihat kemampuan para pemain bawah kendaliannya dalam aksi persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac ini di Singapura.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN