Kamara Impi Bawa Kuching City Ke Peringkat Lebih Tinggi

Penyerang import baharu yang diikat Kuching City musim ini, Abu Kamara tidak mahu menjadikan kehadiran beliau buat pertama kali di Malaysia sekadar sia-sia apabila menanam tekad untuk membawa pasukan diwakilinya layak beraksi di Liga Super pada tahun 2023.

Penyerang berusia 25 tahun ini pada awalnya tidak menolak mengenai perasaan beliau yang berbelah bahagi ketika ditawarkan kontrak oleh Kuching City memandangkan itu bakal menjadi pengalaman pertama kali Kamara beraksi di Malaysia.

Namun, naluri yang kuat dalam diri beliau mengenai keinginan untuk merasai pengalaman baharu tersebut membulatkan tekad pemain kebangsaan Liberia ini untuk beraksi bersama pasukan dari Liga Premier itu dan sedar tugasnya iaitu membantu skuad diwakili layak dinaikkan pangkat pada musim hadapan.

“Pada mulanya agak susah untuk membuat keputusan kerana saya ada pilihan lain juga. Perkara pertama ada di fikiran adalah untuk datang dan lihat sendiri bagaimana liga di sini berlangsung.

“Ianya agak sukar sebab berbeza apabila beraksi di sini dan sebelum ini saya banyak beraksi di Eropah. Tetapi sekarang saya hanya mahu berikan yang terbaik kerana saya mengimpikan untuk membawa pasukan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pencapaian peribadi tidak penting sebab fokus adalah untuk bantu pasukan, jadi saya akan buat terbaik. Jika berpeluang, saya akan cuba jaringkan gol dan bantu pasukan untuk capai apa yang mereka inginkan,” katanya menerusi Berita Harian.

Untuk rekod mengenai Kamara, pemain ini pernah beraksi di rantau asia sebelum itu dengan mewakili Champasak United dan CSC Champa yang beraksi di Laos.

Selain itu, Kamara juga berpengalaman beraksi di negara Kosovo bagi mewakili pasukan Feronikeli dan Dukagjini pada tahun 2017 hingga 2018.

Bersama skuad kebangsaan, Kamara setakat ini sudah membuat dua penampilan bersama skuad dan kali pertama beraksi sewaktu Liberia tewas di tangan Nigeria dengan keputusan 0-2 dan pemain itu dimasukkan pada minit ke-57 selaku gantian.

Setakat ini Kuching City telah melengkapkan barisan pemain import mereka seramai 4 orang seperti yang dibenarkan untuk pasukan Liga Premier.

Pemain-pemain tersebut merupakan Abu Kamara yang berasal dari Liberia, Aylton Alemão dari Brazil, Yuki Tanigawa dari Jepun, dan Keanu Marsh-Brown dari Guyana.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN