Bagaimana Cara Untuk Memasukkan Jadual Perlawanan Piala Dunia Ke Dalam ‘Google Calendar’ Anda?

Kalender

Bagi sesetengah orang, memiliki jadual Piala Dunia dalam kalendar seharian amatlah penting. Tetapi tahukah anda, dengan menggunakan aplikasi Google Calendar, anda boleh mendapatkan info perlawanan Piala Dunia 2018!

Menariknya, anda boleh menyemak jadual perlawanan melalui aplikasi ini sama ada komputer peribadi (PC) atau telefon pintar anda. Namun begitu, panduan ini hanya untuk pengguna Android sahaja.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan.

1) Pertama sekali, sila log masuk ke akaun Google milik anda.

2) Sila buka tab baru dan masukkan alamat ini:

https://fixtur.es/en/wedstrijden/fifa-2018-russia/ronde/1

Setelah paparan berikut muncul, klik pada Google Calendar (bulatan kiri).

Langkah kedua.

3) Apabila paparan ini muncul. Klik pada bahagian Log In, pilih akaun Google yang anda mahu gunakan.

Langkah ketiga.

Paling penting, anda mesti pilih akaun yang anda telah daftar masuk pada langkah pertama tadi.

Jika anda mahu gunakan kalendar ini di gajet anda, pastikan anda log masuk akaun Google yang didaftarkan dengan gajet tersebut tersebut.

4) Setelah itu, klik Allow untuk membenarkan paparan itu dimuatnaik ke Google Calendar anda. Selepas anda mengklik Allow, paparan itu akan dimuatnaik untuk paparan anda.

Langkah keempat.

5) Anda boleh ke pautan ini untuk melihat kalendar anda.
http://calendar.google.com

Sikit je lagi, dah nak siap dah!

6) Kalendar Piala Dunia anda akan berada di kategori ‘Other calendar’ sebelah kiri bawah. Ya, kalendar anda sebenarnya sudah hampir siap. Tetapi anda boleh menukar warna paparan itu mengikut warna anda mahu.

Halakan kursor anda kepada bahagian kanan perkataan FIFA World Cup 2018 Rusia. Klik tiga titik bertindih untuk paparan ini:

Pilih jangan tak pilih!

Pilihlah warna kesukaan anda.

PERINGATAN!
a) Jika anda mahu sembunyikan kalendar ini, sila ‘untick’ pada ruangan sebelah kiri perkataan FIFA. Mungkin bagi anda akan semak pada satu hari nanti.

b) Jika anda mahu membuang kalendar istimewa ini, sila tekan pangkah di sebelah titik tiga bertindih pada sebelah kanan perkataan FIFA World Cup 2018.

c) Waktu perlawanan dipaparkan ialah selari dengan waktu tetapan kalendar anda. Anda boleh mengubahnya waktu kalendar tetapan pada dengan klik pada lambang gear (bahagian kanan atas).

Kemaskini pada gajet

Langkah ini perlu diikuti sekiranya anda mahu memasukkan kalendar pada gajet anda. Pastikan anda telah mengikuti langkah-langkah di atas terlebih dahulu.

7) Sila masuk ke bahagian tetapan Google Calendar pada telefon anda (tiga titik bertindih).

Sila klik Accounts.

8) Kemudiannya klik pada ‘Accounts’ dan ‘tick’ ruangan FIFA 2018 World Cup Russia.

‘Tick’ kotak FIFA 2018 World Cup Russia.

9) ‘Refresh’ Google Calendar anda.

Tadaaa!!!

10) Jika anda mahu buat ‘reminder’, sila klik pada perlawanan yang anda mahukan. Kemudian klik ‘Add reminder’ untuk tetapkan. Anda diberi kebebasan untuk ‘remind’ beberapa lama sebelum perlawanan.

Anda boleh tambah ‘reminder’ mengikut suka hati anda!

Cuma kami ingin ingatkan, jangan terkejut sekiranya paparan bahasanya bukan dalam bahasa Inggeris. Sayangnya, ia tidak boleh sama sekali ditukar kepada dalam bahasa lain.

Namun, kami berpendapat anda boleh meneka nama negara dengan tepat walaupun bahasa yang berlainan.

Semoga perkongsian bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan panduan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Moga musim bola sepak dan Aidilfitri anda akan lebih bermakna pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN