‘Kalendar FIFA 2+1’ – Harimau Malaya Terus Panaskan Badan Bertemu Albirex Niigata

Nampak gayanya skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon akan mempergunakan sepenuhnya kalendar perlawanan antarabangsa FIFA pada penghujung Mac ini.

Pada mulanya pasukan negara dijadualkan berkunjung ke Singapura ketika jendela perlawanan antarabangsa untuk perlawanan tiga penjuru, bertemu Filipina pada 23 Mac sebelum berhadapan pasukan tuan rumah tiga hari kemudian.

Menyedari tidak banyak masa untuk jurulatih baharu dari Korea Selatan itu untuk mengenali barisan pemain, pasukan negara memanfaatkan sepenuhnya kunjungan ke seberang tembok dengan menambah satu lagi perlawanan menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac.

Ini bermakna skuad Harimau Malaya akan menempuh tiga perlawanan di dalam tempoh enam hari, dan ini akan memberi peluang kepada Kim Pan-gon untuk menilai sepenuhnya kesemua 30 pemain yang telah dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat bermula Isnin, 14 Mac 2022.

Albirex Niigata FC yang beraksi di Liga Singapura merupakan kelab satelit kepada kelab induknya di Liga Jepun.

Hampir kesemua pemain di dalam pasukan itu adalah pemain yang berasal daripada Jepun.

Memandangkan ia merupakan sebuah kelab satelit dan digunakan untuk tujuan pembangunan, rata-rata pemain di dalam pasukan itu terdiri daripada pemain di bawah usia 23 tahun.

Pada musim lalu, Albirex Niigata merupakan naib juara Liga Singapura, dan pernah bergelar juara pada 2016, 2017, 2018, dan 2020.

Kelab itu juga pernah muncul juara Piala Liga dan Piala Singapura sebanyak empat kali.

Kemampuan pasukan muda itu bersaing dengan kelab handalan lain di Singapura menjelaskan kualiti yang dimiliki oleh mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN