Kalau Tak Dapat Sancho, Manchester United Nak ‘Pancing’ Leon Bailey

Jadon Sancho Leon Bailey

Minat Manchester United untuk mendapatkan penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho bukan lagi perkara rahsia, tetapi sekiranya gagal, mereka sudah pun bersedia dengan ‘plan B’ iaitu penyerang muda Bayer Leverkusen, Leon Bailey.

Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan kepada pihak pengurusan kelab bahawa pemain England berusia 20 tahun itu adalah sasaran utamanya, tetapi Dortmund bertegas tidak akan menjual Sancho dengan harga kurang dari £100 juta (RM541 juta).

Kelab Bundesliga itu juga dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak baharu kepada Sancho dengan kenaikan gaji sehingga dua kali ganda.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward sebelum ini pernah mengingatkan bahawa kelab tersebut perlu berjimat cermat pada jendela perpindahan musim panas ini memandangkan wabak koronavirus telah memberi impak yang besar kepada kewangan kelab.

United juga enggan berlumba-lumba membuat ‘perang bidaan’ dan merancang untuk mencari beberapa pemain lain sebagai alternatif.

Dua tahun lepas, Bailey telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), namun kariernya di Bay Arena agak ‘terbantut’ akibat mengalami beberapa siri kecederaan.

Harga pemain antarabangsa Jamaica itu dianggarkan bernilai £40 juta dan Solskjaer kini bersedia untuk menambah bisa di bahagian serangannya walaupun sudah memiliki deretan pemain muda seperti Marcus Rashford, Anthony Martial, Mason Greenwood dan Daniel James.

Dengan tempoh pinjaman Odion Ighalo akan berakhir pada Januari akan datang, Solskjaer perlu menyediakan penggantinya lebih awal tetapi Solskjaer memberi jaminan pengambilan pemain baharu tidak akan menghaland perkembangan Greenwood.

Pemain Berusia 18 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Walaupun isu kecergasan Bailey mungkin agak merisaukan dengan hanya membuat 19 penampilan Bundesliga musim ini, tetapi pemain kidal itu masih mampu mencetak lima gol dan menyumbang dua bantuan jaringan.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN