United boleh dianggap terlalu perlahan dalam aktiviti jual beli pemain sejak jendela perpindahan dibuka pada musim panas ini. Jadon Sancho yang dikatakan sasaran utama pasukan juga tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai usaha untuk mendapatkannya.
Sebab utama dikatakan pengurusan United enggan memenuhi tuntutan £100 juta yang diletak oleh Borussia Dortmund untuk penyerang England berusia 20 tahun itu yang dianggap pemain muda terbaik dunia ketika ini.
Bosan dengan ‘permainan’ kelab Jerman berkenaan, sumber dari 90min mengatakan The Red Devils kini bersedia untuk beralih kepada pilihan lain dengan Gareth Bale menjadi salah satu pemain yang berada dalam senarai mereka untuk dibawa masuk ke Old Trafford.
Manchester United are ready to turn their attention away from Jadon Sancho to pursue a deal for Gareth Bale, reports the Express 👀 pic.twitter.com/k5xBLlofFA
— GOAL (@goal) September 13, 2020
Di sebalik kontroversi pemain Wales itu yang sering buat hal di Real Madrid termasuk beberapa kali ‘kantoi’ bermain golf dan sebagainya, kelab La Liga itu juga terdesak untuk menjualnya kepada kelab lain kerana terpaksa menanggung beban gajinya yang tinggi.
Zinedine Zidane dikatakan terlalu rimas selagi penyerang berusia 31 tahun itu berada di dalam kem pasukannya dan mahu Bale segera meninggalkan Santiago Bernabeu sama ada dijual ataupun dipnjamkan kepada mana-mana kelab.
Melihatkan senarai pemain United ketika ini, Ole Gunnar Solskjaer sememangnya memerlukan pemain baharu di bahagian serangan setelah beliau melepaskan beberapa pemain berpengalaman seperti Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez. Odion Ighalo pula dijangka kembali ke kelabnya di China pada Januari ini.
Gary Neville thinks it's time for Manchester United to forget about Jadon Sancho 🙄 pic.twitter.com/mTL9QyWrNr
— GOAL (@goal) September 8, 2020
Sekiranya Real Madrid dapat menurunkan harga Bale sekitar £20 juta, tentunya ia satu pelaburan yang boleh dianggap berbaloi untuk seorang pemain yang mempunyai reputasi yang baik dan United sudah boleh melupakan Sancho dan menggunakan dana yang ada untuk pemain baharu di posisi lain pula.
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gareth Bale dan Manchester United: