Kalau Boleh Ke Bulan, PSSI Memang Mahu Bawa Skuad Indonesia Berlatih Di Sana

Ketua Umum PSSI Mochamad Iriawan bulan

Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia B-20, selain menyertai kejohanan Piala AFC B-19 yang akan dilangsungkan di Uzbekistan, jadi PSSI perlu membuat persediaan serius walaupun terpaksa ke bulan sekalipun.

Itu penegasan yang dibuat oleh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mengenai persiapan skuad B-19 mereka yang ketika ini sedang menjalani persediaan rapi di luar negara. Skuad kendalian Shin Tae-yong ketika ini berada di Croatia dan telah melalui beberapa aksi persahabatan.

Penularan pandemik COVID-19 sejak awal Mac lalu telah menjejaskan persiapan mereka dan juga seluruh warga bola sepak dunia, namun apabila pihak kerajaan memberikan lampu hijau buat mereka untuk berkelana ke luar negara, ia adalah satu rahmat buat mereka. Menurutnya, kerjasama kerajaan dan PSSI amatlah rapat.

Jelasnya di laman Youtube Sekretariat Kabinet RI, “Kita sengaja memberikan yang terbaik untuk mereka agar bisa tampil dengan prestasi yang membanggakan. Menteri Belia dan Sukan Indonesia (KEMENPORA) rapat dengan kami, mereka menyampaikan bahawa kerajaan memberikan sokongan penuh kepada PSSI.”

“Rasanya kalau boleh ke bulan, kita akan bawa [skuad Indonesia] menjalani latihan pusat di bulan, terima kasih kepada kerajaan,” ujarnya mewakili PSSI dalam nada bergurau.

Kejohanan AFC B-19 sepatutnya dijadualkan bermula pada 14 hingga 31 Oktober 2020, namun ianya telah diputuskan dipinda ke tahun hadapan. Ia juga merupakan pentas kelayakan untuk kejohanan Piala Dunia B-20 di mana empat pasukan yang bersaing di separuh akhir secara automatiknya layak ke kejohanan tersebut.

Saat pasukan lain mungkin tidak beraksi, Indonesia giat menjalani latihan di Eropah. Mereka telah merekodkan lima kemenangan dalam 11 aksi sejak awal Ogos lalu menentang lawan seperti Croatia, Bulgaria, Arab Saudi, Qatar dan Macedonia serta kelab-kelab tempatan seperti Dinamo Zagreb, NK Dugopolje dan Hajduk Split.

Skuad tersebut dijangka akan kembali ke Indonesia dalam masa terdekat dan Shin Tae-yong amat berharap yang para pemainnya yang akan kembali ke pasukan masing-masing akan mengekalkan tahap kecergasan mereka sebagaimana pada ketika ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: PIKIRAN RAKYAT

Baca lagi berita bola sepak Indonesia:

Shin Tae-Yong Tegas Kawal Pemakanan Pemain Skuad B-19 Indonesia

Bambang Pamungkas Bakal Akhiri Karier Gemilang Bersama Persija Jakarta

Ini Adalah Surat Kemenpora Indonesia Tuntut Permohonan Maaf Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN