Kalamullah Kini Miliki Peluang Untuk Bersinar Di Pentas Asia

Nama penjaga gol Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Kalamullah Al-Hafiz dilaporkan semakin pasti bakal diumumkan selaku bintang baharu buat Selangor bagi baki saingan musim 2024/2025.

Seperti diketahui, Kedah kini menjadi antara kelab yang mempunyai krisis kewangan cukup teruk sehingga menyebabkan ada pemain yang mula boikot daripada menjalani sesi latihan.

Tak kurang, ada juga beberapa lagi pemain berpisah dengan kelab tersebut untuk menyertai pasukan baharu seperti dilakukan oleh Habib Haroon.

Untuk aksi hari ini sahaja menyaksikan Sang Kenari bakal tampil bersama para pemain muda sahaja berdepan Kuala Lumpur City (KL City) bagi saingan Liga Super bawah kendalian Nafuzi Zain.

Melihat kepada perkembangan semasa, maka bukan sesuatu menghairankan untuk pemain sebaik Kalamullah keluar daripada kelab tersebut demi terus mengembangkan profesion beliau.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena, beliau menyatakan Kalamullah sudah pun menamatkan kontrak bersama Sang Kenari untuk menyertai Selangor.

“Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk menyertai Selangor.

Urusan perpindahan dijangka lengkap dalam masa 2 hari,” ulas beliau di media sosial X semalam serta mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Memilih untuk bersama Selangor, ianya dianggap sebagai suatu pilihan bijak sebenarnya buat pemain itu yang dianggap mampu mencipta nama di pentas Asia musim ini.

Seperti diketahui, The Red Giants bakal beraksi di pentas AFC Champions League Two (ACL 2) musim ini serta akan menghadapi banyak pasukan handalan di sekitar Asia.

Maka, ia merupakan tindakan cukup bijak buat kedua pihak untuk memperoleh faedah cukup baik pada musim ini dengan Selangor bakal mendapat barisan pemain lebih mantap, serta Kalamullah sendiri berpeluang mencipta penampilan buat pertama kali di pentas Asia bersama kelab diwakili.

Tatkala rakan senegara iaitu Ahmad Syihan Hazmi sudah mengorak langkah bersama JDT di pentas Asia sejak musim lalu, ini merupakan detik penampilan sulung yang mungkin dicipta pula oleh Kalamullah.

Selain itu, Pau Marti Vicente juga mampu tersenyum gembira melihat perjalanan semasa kedua penjaga gol tersebut musim ini yang bakal terus mendapat pendedahan serta aksi berintensiti tinggi di pentas Asia untuk mengukuhkan skuad Harimau Malaya.

Rekod musim ini bersama Kedah menyaksikan Syihan hanya melepaskan 12 gol serta berjaya mencatat 5 ‘cleansheet’ selain mempamerkan kualiti cukup bagus selaku salah seorang penjaga gol terbaik di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN