Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya ‘Bersuara’

Brendan Gan Malaysia Harimau Malaya pemain kacukan 2021

Beberapa pemain kacukan Harimau Malaya dilihat memohon para penyokong untuk terus bersama mereka selepas kekalahan kepada UAE dalam aksi kelayakan.

Malaysia tumpas 0-4 kepada UAE dalam aksi ke-6, Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Ini menyaksikan skuad negara telah jatuh ke kedudukan ke-4 kumpulan, berkongsi mata bersama UAE dan Thailand di kedudukan ke-2 dan ke-3.

Ia telah mengundang rasa marah para penyokong yang meletak harapan tinggi kepada pasukan yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah disenaraikan. Sebelum perlawanan, majoriti dilihat menjangkakan Malaysia akan mampu menyekat UAE.

Begitupun, mereka mungkin tidak sedar yang skuad negara telah 18 bulan tidak beraksi bersama di peringkat antarabangsa, sementara UAE pula telah melalui dua aksi persahabatan sepanjang tahun ini termasuk tiga pada penghujung tahun lalu.

Jadi, dari segi persediaan, jelas UAE telah lama bersedia untuk perlawanan ini. Malah pemain-pemain yang dibawa ke pusingan kelayakan kali ini memiliki minit permainan yang sangat baik bersama pasukan masing-masing dalam saingan liga mereka.

Berbanding Malaysia, pemain-pemain yang berada dalam kesebelasan utama tempohari, sememangnya nama-nama besar, namun dari segi minit permainan, mereka jauh ketinggalan seperti Safawi Rasid yang baru pulih daripada kecederaan.

Disebalik kritikan demi kritikan yang dihamburkan kepada skuad negara, beberapa pemain kacukan skuad negara dilihat bersuara di laman sosial masing-masing.

Mereka masih positif dengan baki dua perlawanan berdepan Vietnam dan Thailand dan mengharapkan sokongan para penyokong. Pemain yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tempohari, Brendan Gan berkata mereka akan bangkit semula.

Always together!!! We will come back stronger,” ciapnya di laman Twitternya. Tanpanya yang beraksi cemerlang dalam dua perlawanan terakhir sebelum pusingan kelayakan tertangguh berdepan Thailand dan Indonesia, Malaysia hilang cengkaman di tengah.

Brendan Gan dijangka akan kembali memperkuatkan jentera tengah Harimau Malaya pada aksi berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini. Ini satu suntikan semangat buat skuad negara yang jelas memerlukan sentuhan pemain sepertinya di tengah.

Junior Eldstal yang kembali ke skuad kebangsaan selepas kali terakhir beraksi pada Jun 2016 turut dilihat tampil meninggalkan pesanan kepada para penyokong. Ciapnya di laman Twitternya, “Please stand behind us and bounce back with us!”

Selepas lima tahun menghilangkan diri untuk kembali ke England apabila mengalami kecederaan yang memerlukan rehat yang panjang, Junior Eldstal telah kembali ke pangkuan skuad negara dengan perubahan ketara, bermain di posisi bek tengah.

Tentunya paling mencuri tumpuan adalah pemain ke-26 Harimau Malaya, Dion Cools yang merupakan pemain terakhir yang tiba di Dubai. Beliau dilihat turut meninggalkan pesanan di laman Instagramnya yang masih bersikap positif walaupun kecewa.

Beliau melalui mimpi ngeri dalam debutnya. Gandingannya bersama Aidil Zafuan dan kemudian, Junior Eldstal telah dibolosi empat gol. Ungkapnya, “Disappointed but we learn from it. Most importantly, we never give up. 2 more games to go.

Jadi, diharapkan para penyokong untuk kembali kepada sokongan dan bukan terus menjatuhkan moral mereka di sana. Vietnam dan Thailand adalah musuh kita di rantau ini yang tidak banyak jauh beza daripada segi permainan dengan skuad negara kita.

Cukuplah mengkaji punca kekalahan tempohari dan ayuh kita kembali fokus kepada baki dua perlawanan terakhir nanti. Semoga kemenangan menjadi milik kita!

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, ‘Keeper’ Yang ‘Dicekik’ Kerana Tewas Kepada Malaysia

7 Perkara Mengenai Pertemuan UAE VS Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Perlu Bagi Lebih Ruang Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN