Rekod pertembungan kedua-dua pengendali lebih memihak kepada Shin Tae-yong dengan hanya sekali Park Hang-seo berjaya menewaskannya iaitu pada tahun 2009.
Park Hang-seo dan Shin Tae-yong pernah bersaing di K-League pada musim 2009 hingga 2012 dengan mereka pernah bertembung sebanyak 10 kali. Lapan daripadanya dimenangi oleh Shin Tae-yong, satu seri dan satu kemenangan buat Park Hang-seo.
Kedua-duanya bakal bertembung dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 buat kali pertama selepas Shin Tae-yong mengambil alih Indonesia pada penghujung tahun 2019 selepas mereka memecat Simon McMenemy, sebelum itu.
Simon McMenemy gagal membimbing Indonesia dengan baik apabila mereka tewas dalam kelima-lima perlawanan peringkat Kumpulan G dan Shin Tae-yong yang pernah membimbing Korea Selatan di Piala Dunia 2018 hadir dengan reputasi yang baik.
PSSI Terpaksa Bayar Pampasan Besar Kerana Pecat Simon McMenemy – https://t.co/ifP5hFLmBc pic.twitter.com/Ojx1IsmZRs
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 13, 2019
Mengikat Thailand 2-2 dalam aksi ke-6 baru-baru ini, jelas yang skuad Indonesia kali ini lebih berbahaya berbanding skuad mereka yang terdahulu. Dibarisi hampir keseluruhan pemain baharu dan muda, Indonesia dilihat mampu menghadirkan ancaman kuat.
Ini diakui oleh Park Hang-seo yang sedikit gusar tetapi tetap menekankan yang mereka hanya mahu memburu kemenangan walaupun tahu rekod pertembungannya dengan Shin Tae-yong tidak begitu memberangsangkan, hanya berjaya menang sekali.
“Vietnam telah menang 3-1 dalam aksi pertama di Indonesia. Tetapi, berbanding aksi pada Oktober 2019 itu, pasukan mereka telah melalui perubahan yang banyak. Mereka ada jurulatih dan pemain-pemain baharu,” ujar Park Hang-seo terlebih dahulu.
“Indonesia juga sudah tidak menggunakan pemain naturalisasi dan hampir tujuh atau lapan pemain mereka beraksi di Sukan SEA 2019. Ini adalah pasukan muda yang memiliki semangat juang tinggi,” tegasnya lagi mengenai skuad Sang Garuda.
Pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong akhirnya memilih 28 pemain yang akan diberangkatkan ke Dubai, Uni Emirat Arab, untuk melakoni dua laga uji coba dan tiga laga sisa lanjutan kualifikasi Piala Dunia 2022.
Selamat dan semangat berjuang, Garuda!✊🇮🇩#KitaGaruda#MeraihImpian pic.twitter.com/DpTuTjFrNY
— PSSI (@PSSI) May 12, 2021
Secara puratanya, Shin Tae-yong membawa skuad muda bersandarkan yang mereka tiada lagi peluang untuk layak ke pusingan seterusnya. Purata usia skuad mereka kali ini adalah 21.8 tahun dengan majoriti boleh beraksi di Sukan SEA akan datang.
Vietnam sedang mendahului kumpulan dengan 11 mata, dua mata di depan UAE, Thailand dan Malaysia. Mereka memerlukan tujuh mata untuk memastikan mereka layak ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.
“Kami mesti menang perlawanan esok [awal pagi ini]. Untuk itu, keseluruhan pasukan mesti mengikut arahan taktikal yang telah ditetapkan,” tegasnya mengenai misinya.
Ketika ditanya pihak media, apa kekuatan utama Indonesia, jawabnya, “Pemain muda. Mereka tentunya mahu membuktikan sesuatu kepada jurulatih baharu mereka.”
Begitupun, baginya cabaran terbesar adalah cuaca panas. Dikatakan suhu di sana boleh mencapai sehingga ke 40 darjah celsius. Jelasnya, “Beraksi dalam aksi sebegini sudah biasa bagi pemain tetapi mereka belum menyesuaikan diri dengan cuaca.”
Baca lagi artikel lain mengenai Vietnam dan Indonesia:
Shin Tae-yong Berang Dengan Penterjemah Indonesia Di Sidang Media
Park Hang-seo Hanya ‘Berlatih’ Dengan Penjaga Gol, Wartawan Diminta Pulang
Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, ‘Keeper’ Yang ‘Dicekik’ Kerana Tewas Kepada Malaysia