Kaki Bola Tak Boleh Main Bola Di Kawasan Perumahan Hingga 31 Mac

PSG routs Lille with four first-half goals Loading official content
PSG routs Lille with four first-half goals
Paris Saint-Germain continued its relentless march towards a fourth straight Ligue 1 title with a 4-1 win over fifth-placed Lille, scoring all its goals in the first half.
0 seconds of 1 minute, 2 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Rodgers pleased with Yang's performance at St Mirren
00:46
00:00
01:02
01:02
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Rodgers pleased with Yang's performance at St Mirren Pep Guardiola does not like the FA Cup match ball Doué's powerful strike seals PSG's fourth goal Lacazette double leads Lyon to comeback win over battling Brest in Ligue 1 Amazing bicycle kick goal for DC United's last-gasp equalizer Behind the scenes: Arema's trip to Maluku 30-yard free-kick rocket in the Saudi League Lewis and O'Reilly fail to guess Marmoush's EAFC card Highlights: Colorado Rapids 3-3 FC Dallas (MLS) Lazio's best goals vs AC Milan Madura United get ready for PSM Makassar This is why Szoboszlai has netted two goals in two games Thomas Müller shares his favourite and funniest moments at Bayern Lihat lebih video Paris Saint-Germain di OneFootball

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican mengingatkan kaki-kaki bola supaya tidak bermain bola di kawasan perumahan mereka semasa perintah kawalan pergerakan sedang berkuatkuasa.

Pada malam Isnin lepas (dua hari lepas), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua orang di Malaysia berkuatkuasa hari ini, 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Arahan ini dikeluarkan sebagai usaha kerajaan untuk membendung penularan gelombang kedua wabak COVID-19.

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ini, semua orang di Malaysia perlu mematuhi arahan berikut:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ini, Dato’ Sri Reezal Merican memuatnaik infografik yang menjawab soalan-soalan yang berkait dengan portfolionya.

Antaranya larangan menyertai perlawanan bola sepak di kawasan perumahan.

Infografik yang dihasilkan berdasarkan maklumat dari Majlis Keselamatan Negara itu memberitahu larangan itu dikeluarkan kepada kaki-kaki bola supaya pergerakan aktiviti di luar dapat dikurangkan.

Bagaimanapun ada satu makluman dari infografik tersebut yang menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Menjawab soalan ‘Bolehkah saya pergi keluar bersenam berseorangan di taman rekreasi di dalam taman perumahan saya?’, infografik tersebut memaklumkan bahawa aktiviti tersebut tidak dibenarkan.

Mengikut panduan ‘Penjarakan Sosial (Social Distancing) yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), aktiviti bersenam berseorangan di taman rekreasi awam masih lagi dibenarkan.

https://twitter.com/runzuerun/status/1239892917113597952

Hukuman langgar perintah kawalan pergerakan

Orang ramai yang gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini, boleh dikenakan hukuman penjara.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang berkata kesalahan berkenaan boleh disabitkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Bagi kesalahan pertama, individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan yang berterusan, individu berkenaan akan didenda RM200 bagi tiap-tiap kesalahan berterusan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Adham berkata, orang ramai perlu bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN