Kajian Menunjukkan 73% Golongan Muda Di UK Sokong Lebih Dari Satu Kelab

UK Penyokong Muda

Sudah menjadi kebiasaan untuk mana-mana peminat sukan bola sepak mempunyai pasukan kegemaran masing-masing terutamanya kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Timbul satu topik perbincangan dalam media sosial, adakah wajar untuk seseorang itu menyokong lebih daripada satu kelab terutamanya yang melibatkan liga yang sama.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh COPA90, ianya mungkin akan mengejutkan terumanya bagi mereka yang meletakkan sokongan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi dengan sepenuh jiwa terhadap kelab-kelab EPL.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan 46 peratus daripada golongan muda berusia 16 hingga 24 tahun di United Kingdom (UK) menyokong sekurang-kurangnya dua kelab bola sepak, sementara 27 peratus lagi menyokong tiga atau lebih pasukan.

Ini bermakna, hanya 27 peratus sahaja yang benar-benar menjadi ‘penyokong’ tegar’ bagi sesuatu kelab.

Tambahan daripada kajian tersebut juga menunjukkan 41 peratus daripada mereka menyokong kelab La Liga terutamanya Real Madrid dan Barcelona yang pernah menjadi tempat pertembungan dua pemain terbaik dunia iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ia menunjukkan trend peminat bola sepak generasi hari ini lebih berkisar kepada sokongan terhadap pemain kegemaran mereka berbanding dengan pasukan.

Sebelum ini sebuah laman web pernah mendedahkan bagaimana Real Madrid pernah kehilangan 1 juta pengikut mereka di Twitter dalam tempoh 24 jam selepas Ronaldo diumumkan menyertai Juventus.

Kemudiannya akaun media sosial kelab Serie A itu pula yang dilimpahi dengan pengikut baharu dengan berlaku kenaikan secara mendadak hanya dalam tempoh satu bulan.

Keadaan ini menunjukkan ada kemungkinan satu hari nanti jumlah ‘penyokong tegar’ kelab-kelab EPL dalam kalangan rakyat tempat semakin berkurangan dan terpaksa bergantung kepada populariti mereka di luar negara.

Walaupun angka yang didapati daripada kajian tersebut tidaklah 100 peratus tepat, namun ianya jelas menunjukkan ‘trend baharu’ itu sememangnya wujud di negara Eropah tersebut.

Namun lain pula yang berlaku di negara kita di mana topik mengenai bola sepak Inggeris ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam media sosial sehinggakan ada yang melemparkan kata-kata kesat kepada penyokong pasukan lain.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Conte Kenal Pasti Lingard Sebagai Pengganti Terbaik Eriksen Di Inter

Arteta: Aubameyang Perlukan Keyakinan Untuk Terus Meledak

Kerap ‘Bising’ Jadual Padat, Tapi Klopp Turunkan Salah & Mane Lawan ‘Budak-Budak’ Aston Villa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN