Wah! Ini satu pendedahan yang menarik untuk kita semua!
Satu kajian telah dijalankan oleh bagi melihat pasukan manakah pasukan yang paling menerima nasib malang dan tuah di Premier League pada musim lalu.
Menurut laman BBC Sport, satu kajian telah dijalankan oleh ESPN, Intel dan juga University of Bath menyaksikan Liverpool merupakan pasukan termalang di Premier League musim lalu.
Kajian ini mengambil kira beberapa aspek antaranya:
- Gol yang sepatutnya dibatalkan
- Gol yang dibatalkan tetapi sebenarnya sah
- Penalti yang dijaringkan hasil keputusan yang salah oleh pengadil
- Penalti yang tidak diberikan tetapi sebenarnya patut diberi
- Layangan kad merah yang salah
- Insiden kad merah yang terlepas dari pandangan pengadil
- Gol yang djaringkan selepas melebihi masa kecederaan yang sepatutnya
- Gol yang terbias
Hasil dari kajian 3 entiti ini menyaksikan Liverpool menjadi pasukan paling malang kerana mereka terlepas 12 mata hasil dari pelbagai aspek yang dinyatakan paling atas.
Paling ketara adalah ketika perlawanan menentang Manchester United di Anfield, Liverpool telah dinafikan sepakan penalti pada minit ke-63.
Seandainya penalti diberikan, Liverpool memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0.
Sementara itu, Manchester United merupakan pasukan paling bertuah dalam saingan Premier League yang lalu.
Mereka berjaya memperoleh 6 mata hasil dari ‘tuah’ yang dimiliki mereka pada musim lalu.
Berikut beberapa penemuan lain hasil dari kajian ini:
- Huddersfield sepatutnya turun ke EFL Championship dan bukannya Stoke City jika semua keputusan pengadil yang salah dibetulkan
- Liverpool menamatkan liga ditangga kedua dan Manchester United menduduki tangga keempat
- Manchester City kekal juara liga tetapi tidak dengan rekod 100 mata
- Brighton & Hove Albion sepatutnya menamatkan liga ditangga kesembilan sementara berbanding kedudukan asal iaitu tangga ke-15
- Sementara Leicester City sepatutnya menamatkan liga di tangga ke-14 berbanding tangga kesembilan
- Mereka juga merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol selepas waktu kecederaan sebenar tamat dengan 3 gol dihasilkan
- Matt Richie merupakan pemain paling bernasib baik apabila berjaya mengelak 2 kad merah kerana tidak disedari pengadil
Kajian sebegini sememangnya menarik untuk disaksikan, berikut merupakan perbandingan kedudukan liga yang asal dan yang telah diubah selepas kajian dilakukan.
Premier League table 17-18 | ‘Luck Index’ simulated table 17-18 | ||
---|---|---|---|
Manchester City | 100 | Manchester City | 97 |
Manchester United | 81 | Liverpool | 87 |
Tottenham | 77 | Tottenham | 77 |
Liverpool | 75 | Manchester United | 75 |
Chelsea | 70 | Arsenal | 71 |
Arsenal | 63 | Chelsea | 70 |
Burnley | 54 | Burnley | 50 |
Everton | 49 | Newcastle | 48 |
Leicester | 47 | Brighton | 46 |
Newcastle | 44 | Everton | 44 |
Crystal Palace | 44 | Crystal Palace | 42 |
Bournemouth | 44 | West Ham | 41 |
West Ham | 42 | Watford | 41 |
Watford | 41 | Leicester | 40 |
Brighton | 40 | Southampton | 40 |
Huddersfield | 37 | Bournemouth | 38 |
Southampton | 36 | Stoke | 37 |
Swansea | 33 | Huddersfield | 37 |
Stoke | 33 | Swansea | 34 |
West Brom | 31 | West Brom | 33 |
Anda boleh baca dengan lebih lanjut dengan klik di sini.