Kajian JST Dapati Ada Penyokong Luar Cuba Melaga-Lagakan TMJ Dengan Penyokong JDT

Laman facebook pasukan Juara Liga Super 4 kali, JOHOR Southern Tigers (JST) telah melakukan satu analisis dan kajian mengenai penyokong luar Johor yang mengikuti perkembangan pasukan JDT.

Menurut JST, mereka mendapati ada penyokong luar cuba menanam sikap benci terhadap presiden kelab itu, DYAM Tunku Mahkota Johor dan menghasut baginda agar meninggalkan JDT.

“Selepas kami membuat kajian, dalam draf kami majoriti yang mahukan DYAM Tunku Mahkota Johor meninggalkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah penyokong dari luar negeri Johor dan bukan orang Johor.

“Ini sama dengan jangkaan kami dan juga analisis yang kami lakukan sebelum ini, iaitu untuk menghentikan dominasi JDT dalam liga tempatan adalah mereka perlu memecahbelahkan antara penyokong dan barisan pengurusan JDT. Ini mereka lakukan dengan harapan yang DYAM Tunku Mahkota Johor akan meninggalkan kelab,” kata kenyataan itu.

JDT kini berkembang pesat menjadi sebuah pasukan yang paling berjaya di Malaysia apabila merangkul 4 kejuaraan Liga Super berturut-turut. Malah, mereka bakal mencipta sejarah menjadi kelab pertama Malaysia yang beraksi di AFC Champions League jika berjaya merangkul gelaran kelima musim ini.

Disebabkan kejayaan JDT ini, kajian mereka mendapati turut mendapati penyokong luar meneruskan agenda melaga-lagakan penyokong JDT dan rakyat negeri Johor agar kelab ini tidak terus berkuasa dalam saingan liga Malaysia.

“Ini juga disebabkan kerana mereka tahu potensi bagaimana JDT boleh berkembang dengan pengaruh yang ada pada baginda. Jadi, mereka sedar selagi baginda berada di dalam kelab JDT, agak sukar untuk mereka berjaya.

“Dalam bola sepak dan juga dalam politik. Agenda mereka akan lebih mudah apabila Bangsa Johor berpecah belah. Buat masa ni maklumat yang kami terima iaitu ramai yang menyamar sebagai penyokong JDT atau rakyat Johor untuk melagakan bangsa Johor.

“Kami berharap daripada kajian ini, rakyat Johor jangan mudah termakan umpan apabila terdapat orang luar yang sengaja ingin melaga-lagakan antara DYAM Tunku Mahkota Johor, penyokong, rakyat Johor dan juga Kelab Bolasepak JDT,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN