Kajian Ilmiah Universiti Oxford Buktikan Ronaldo Lebih Hebat Dari Messi Atau Pele

Seorang pakar Matematik dari Universiti Oxford percaya dirinya telah menyelesaikan perdebatan terbesar dunia di dalam bola sepak – siapakah pemain terhebat dunia sepanjang zaman?

Menggunakan sebuah algoritma yang unik dengan mengambil kira pencapaian di peringkat kelab dan antarabangsa, Dr. Tom Crawford kemudiannya membandingkan semua pemain terhebat dunia merentasi pelbagai era untuk mencari jawapannya.

Hasil kajian tersebut, Dr. Crawford mendedahkan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo adalah pemain terhebat dunia sepanjang zaman, atau sinonim dengan gelaran GOAT.

Bintang dari Portugal itu bakal melakukan debut keduanya di Old Trafford dalam tempoh beberapa hari lagi, berada di atas penyerang Argentina, Lionel Messi; dan pemain-pemain handalan dunia lain seperti Pele, Ferenc Puskas, Alfredo Di Stefano dan Diego Maradona, hasil kajian tersebut.

Untuk berbuat demikian juga, Dr. Crawfor turut bekerjasama dengan pihak LiveScore.

Kaedah penilaian

Dr. Crawford sendiri adalah seorang peminat bola sepak. Di dalam kajiannya, beliau meletakkan tujuh kategori untuk dinilai.

Sebelum layak berada di dalam penilaian tersebut, seseorang pemain itu harus wajib memiliki minima dua gelaran Ballon d’Or atau pun diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat pada era tertentu sebelum 1956 – di mana anugerah berprestij itu mulai diperkenalkan.

Syarat tersebut bermakna hanya pemain seperti Cristiano Ronaldo, Messi, Pele, Maradona, Marco van Basten, Johan Cruyff, Puskas, Di Stefano, Ronaldo Nazario dan Michel Platini layak untuk berada di dalam kajian.

Algoritma yang diperkenalkan oleh Dr. Tom Crawford pula mempunyai tujuh kategori penilaian iaitu:

1. Jumlah kejuaraan (domestik dan eropah) yang dimenangi di peringkat kelab dan nilainya diberi dan diiktiraf oleh UEFA berdasarkan tahap kompetitif pertandingan.

2. Kejuaraan di peringkat antarabangsa – 150 mata untuk Piala Dunia, 100 untuk Kejohanan Eropah atau Copa America, dan mata tambahan untuk Anugerah Kasut Emas.

3. Jumlah gol di peringkat kelab.

4. Jumlah gol di peringkat antarabangsa.

5. Jumlah undian diterima untuk Ballon d’Or – jumlah undi diterima oleh pemenang Ballon d’Or dibahagi kepada jumlah undi diterima tiga pemain teratas. Hasilnya didarab dengan 100 untuk mendapatkan peratus.

6. Rekod individu – sebagai contoh, penjaring terbanyak kelab atau pasukan kebangsaa, atau penjaring terbanyak mana-mana kejohanan.

7. “Z-Factor” – Musim atau kempen di mana pemain begitu menyerlah secara matematik, di mana jaringan pemain membawa pasukan meraih kejuaraan.

Hasil kajian

Untuk perkara pertama, Ronaldo merupakan pemain paling menyerlah kerana memiliki tujuh kejuaraan liga di pelbagai negara dan lima kejuaraan Champions League yang dimenangi bersama Manchester United dan Real Madrid. Ia cukup untuk Ronaldo mengatasi Messi di dalam aspek ini

Untuk perkara kedua di dalam penilaian, Ronaldo Nazario muncul pemenang selepas menjuarai dua Piala Dunia dan satu Copa America.

Perkara ketiga ialah berkenaan jumlah jaringan di peringkat kelab. Pemain legenda Hungary, Puskas yang merekodkan 625 gol dari 629 perlawanan diberikan mata penuh sebagai pemenang.

Sumber: LiveScore

Pele mengikuti rapat di dalam kategori ini apabila 643 gol dari 659 penampilan untuk Santos tidak jauh ketinggalan.

Pusingan berikutnya ialah jumlah gol antarabangsa, dan Cristiano Ronaldo yang baru memintas rekod Ali Daie memenangi pusingan ini.

Selepas perlawanan terakhir menentang Republik Ireland di pusingan kelayakan Piala Dunia, kapten Portugal itu kini telah menghasilkan 111 gol untuk negaranya.

Hasil algoritma tersebut, meletakkan Cristiano Ronaldo sebagai pemenang keseluruhan.

Penutup

Dr. Crawford berkata: “Sebagai seorang peminat bola sepak, saya telah berdebat dengan begitu lama bersama rakan-rakan lain mengenai siapakah pemain terhebat sepanjang zaman.

“Saya memang sekian lama mahu menggunakan Matematik untuk menyelesaikannya, dan berjaya menunjukkan bagaimana ia dilakukan [menggunakan Matematik] sebenarnya agak menyeronokkan.

“Walaupun Cristiano Ronaldo berada di kedudukan teratas hasil algoritma tersebut, ia jelas statistik yang ditunjukkan oleh pemain lain juga amat luar biasa. Saya juga yakin perdebata akan tetap berterusan selepas ini.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN