‘Kaji & Adaptasi’ – 3 Perkara Kedah Harus Belajar Daripada JDT Untuk Cemerlang Di Pentas Asia

Kejayaan melayakkan diri ke peringkat lebih jauh dalam saingan ACL musim ini menjadikan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan yang paling berjaya ketika ini di Malaysia.

Apa tidaknya, dua pasukan gergasi yang sudah berpengalaman dalam pentas ACL iaitu Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale pun sudah berjaya dikejutkan oleh skuad kendalian Benjamin Mora dalam peringkat Kumpulan I.

Pada bulan Jun ini, Kedah Darul Aman antara pasukan yang bakal beraksi di pentas AFC bersama Kuala Lumpur City selaku wakil Malaysia pada tahun ini.

Berdasarkan konsistensi semasa, skuad kendalian Aidil Sharin ketika ini agak terumbang ambing setelah masih baru mencatat kekalahan besar di tangan Sabah dalam aksi Liga Super.

Sebelum itu, mereka juga merekodkan kekalahan besar pada Selangor di gelanggang lawan untuk mula memberi rasa goyah dalam kalangan para penyokong.

Ada tiga perkara mengenai kejayaan JDT ini yang boleh dikaji oleh Kedah menjelang aksi sulung mereka tidak lama lagi.

Falsafah permainan

Benjamin Mora sudah pun mengadaptasi falsafah permainan tersendiri buat para pemainnya sejak beberapa musim.

Pendek kata, Mora sudah ada DNA tersendiri buat JDT yang bakal berterusan diguna pakai selain pemain yang bakal menyertai mereka juga tidak ramai kerana bimbang terpaksa dibentuk semula falsafah permainan.

Kedah sejak Aidil Sharin menyertai skuad ini pada tahun 2019 ada masalah untuk mempamerkan falsafah corak permainan sebenar mereka.

Hampir setiap musim ramai pemain yang keluar masuk termasuk import dan secara tidak langsung menyukarkan Aidil untuk menerapkan falsafah permainan selain terpaksa membentuk kembali pasukan setiap pra-musim.

Pemain import yang berkelas tinggi

Pemain import merupakan sesuatu aset penting dalam pasukan untuk mengukuhkan di sesuatu posisi serta memberi bimbingan terbaik buat para pemain tempatan.

JDT berjaya mendapatkan barisan pemain import yang sangat berkualiti dan memberi impak dalam pasukan.

Sementelah, mereka jarang menukar import baharu setiap musim dan konsisten aksi yang ditampilkan oleh pemain import tersebut.

Lihat sahaja Bergson Da Silva. Walaupun rekodnya tidak begitu cemerlang ketika bersama Fortaleza, namun kerana scout yang baik dibuat oleh JDT berjaya menaikkan kembali pemain tersebut sejak musim lalu selaku antara penggempur berbisa dalam saingan ACL 2022.

Sesuatu yang harus dipelajari Kedah adalah mereka perlu mengkaji kesesuaian import untuk disesuaikan dalam pasukan dan persekitaran liga.

Sehingga kini, Ronald Ngah gagal memberi impak terbaik di bahagian serangan Kedah walaupun tampil musim lalu selaku penjaring terbanyak Liga Jordan.

Kesilapan-kesilapan begini selalunya merugikan Kedah kerana pengambilan import berfaktorkan rekod lalu berbanding kesesuaian untuk pasukan.

Mentaliti pengurusan

Pengurusan perlu tampil lebih terbuka serta lebih tegas mengenai perjalanan pasukan berbanding hanya bertumpu kepada sasaran untuk satu musim sahaja.

Seperti JDT, pengurusan mereka sentiasa relevan dalam menyasarkan misi pasukan setiap tahun dan juga menjaga kebajikan pemain dengan baik.

Sesuatu yang harus dipelajari pengurusan Kedah selepas ini jika ingin semua mempunyai mentaliti yang bagus adalah tidak memberi tekanan berterusan buat pemain selain menambah beban seperti tunggakan gaji seperti tahun-tahun sebelum itu.

Kesimpulan

Saban tahun kita sentiasa mendengar mengenai pasukan-pasukan yang dikaitkan untuk mencabar sebarang kejuaraan daripada JDT.

Bermodalkan ayat manis, pengambilan import yang indah khabar dari rupa setiap tahun, serta aksi yang memberansangkan awal musim tidak dapat menjamin konsistensi semasa pasukan sekiranya tidak dikawal dan diteliti dengan baik oleh pasukan untuk mencabar sebarang kejuaraan daripada JDT.

Tatkala JDT sudah pun melepasi peringkay kumpulan dengan jayanya, Kedah haru berlapang dada dan sedia belajar dengan lebih baik mengenai kejayaan skuad tersebut yang mampu menyingkirkan gergasi bola sepak Asia.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN